Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.
Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.
Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.
Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024SCHOOL HOLIDAY ACTIVITY: MODERN GAMES
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023PEDi Taman Muhibbah Merlimau telah menganjurkan aktivti cuti sekolah bersama pelajar sekolah untuk mengisi masa mereka semasa cuti di PEDi...baca selanjutnya
PERSIDANGAN PEDI MADANI 2023
Aktiviti Terkini | 29 November 2023Petugas PEDi seluruh negara telah dijemput untuk menghadiri Persidangan PEDi MADANI 2023 di PICC...baca selanjutnya
ENTREPRENEURSHIP: AI MARKETING BATCH 1
Aktiviti Terkini | 7 November 2023Program ini merupakan program keusahawanan yang dianjurkan oleh Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dengan kerjasama PEDi Serkam dan PEDi Sg Rambai...baca selanjutnya
TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN PERKESO NEGERI MELAKA
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2023Temuduga terbuka ini adalah anjuran Perkeso Negeri Melaka dengan kerjasama PEDi Taman Muhibbah Merlimau yang melibatkan satu majikan iaitu Risoprint (Malaysia) Sdn Bhd...baca selanjutnya
JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA MDEC
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023Jelajah Saya Digital @ Melaka ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersempena dengan Smart Melaka International Conference and Expo (SMIX)...baca selanjutnya
ENTREPRENEURSHIP: BASIC TIKTOK CONTENT, ADS & FINANCE MANAGEMENT
Aktiviti Terkini | 15 September 2023Program ini adalah kolaborasi bersama Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan Rakan Digital PEDi Sungai Rambai...baca selanjutnya
PROGRAM HARI MALAYSIA: TREASURE HUNT
Aktiviti Terkini | 9 September 2023Program Hari Malaysia ini adalah kerjasama antara PEDi Serkam, PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Sg Rambai, PEDi Kemendor, Rumah Halaqah Serkam, MAIM dan JAIM...baca selanjutnya
MERDEKA CENTRE: KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA DAN PENILAIAN IMPAK PEDI
Aktiviti Terkini | 19 & 20 Ogos 2023Mencari maklumat berdasarkan beberapa soalan mengenai program dan pengguna PEDi. . .................baca selanjutnya
KEUSAHAWANAN: FINANCIAL STATEMENT ANALYSIS
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023Menggalakkan para usahawan untuk membuat catatan penuh kewangan perniagaan masing-masing. ..................baca selanjutnya
KEUSAHAWANAN: META ADS (A-Z GUIDE)
Aktiviti Terkini |11 Ogos 2023Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan asas Aplikasi Meta Ads dan Business Suite secara teori dan praktikal...................baca selanjutnya
MESYUARAT PEMBENTANGAN SETENGAH TAHUN PRESTASI PEDI NEGERI MELAKA 2023
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2023Membincangkan prestasi PEDi setengah tahun Negeri Melaka 2023. .................baca selanjutnya
TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023Memberi pendedahan tentang perniagaan atas talian atau e-Dagang. .................baca selanjutnya
BENGKEL ANIMASI CANVA DI SK MERLIMAU
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2023Memperkenalkan Aplikasi Canva kepada murid-murid. .................baca selanjutnya
KELAS MICROBIT FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A)
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023Memberi pendedahan kepada para peserta apa itu microbit dan apa yang boleh microbit lakukan.................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK MERLIMAU 2
Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023Memberi kesedaran kepada para murid tentang keselamatan penggunaan komputer dan buli siber. ................baca selanjutnya
MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023
Aktiviti Terkini | 22 Mei 2023Membentangkan peranan dan pencapaian PEDi Negeri Melaka................baca selanjutnya
TAYANGAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN 2023
Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023Menyambut bulan Syawal iaitu bulan kemenangan umat islam selepas sebulan berpuasa................baca selanjutnya
TAYANGAN FILEM RAMADHAN - 18 PUASA DI KAMPUNG PISANG
Aktiviti Terkini | 8 April 2023Memberi pendedahan positif aspek nilai murni dan pengajaran berkaitan amalan berpuasa seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, bersedekah, melakukan kebaikan dan banyak lagi kepada ahli PEDi yang terlibat. ..............baca selanjutnya
PROGRAM RAMADAN 1444H
Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023Memperkenalkan PEDi pada para peserta..............baca selanjutnya
KITAR BRIEFING SESSION (NEGERI SEMBILAN & MELAKA)
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2023Untuk pihak MCMC memberi penerangan tentang proses dan prosedur program KITAR................baca selanjutnya
SUPPORT LOKAL : MEMPROMOSIKAN PRODUK KECANTIKAN OLEH USAHAWAN TEMPATAN
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023Mempromosikan produk kecantikan yang diusahakan oleh usahawan tempatan. ...............baca selanjutnya
AKTIVITI MEMBUAT DEKORASI TAHUN BARU CINA
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023Membangkitkan semangat sambutan perayaan Tahun Baru Cina. ..............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya