Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.
Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.
Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.
Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KDB Dan Hari Bersama Komuniti Di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Terendak Permai, Melaka
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016PI1M Merlimau & berberapa PI1M Negeri Melaka, telah dijemput bersama-sama menjayakan KDB & Hari Terbuka Pi1M Terendak Permai, Melaka... baca selanjutnya
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Parit Penghulu Benteng, Melaka
Aktiviti Terkini | 27 November 2016baca selanjutnya
KDB Dan Hari Terbuka PI1M Kg Chabau
12 November 2016 | Aktiviti SemasaProgram Hari Terbuka ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chabau, Jasin Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merasmikan PI1M Kg Chabau yang telah beroperasi semenjak awal tahun 2016. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Skmm dan Digi... lagi
KDB Dan Hari Terbuka Kg Terentang
14 Oktober 2016 | Berita SemasaProgram Hari Terbuka ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Terentang, Jasin Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merasmikan PI1M Kg Terentang yang telah beroperasi semenjak awal tahun 2016. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Skmm dan Digi... lagi
Taklimat PI1M Clustering
13 Oktober 2016 | Berita SemasaTaklimat ini bertujuan untuk menaikkan tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan PI1M.Ia merupakan inisiatif Skmm dalam menaikkan lagi pendapatan negara didalam sektor pelancongan Perbincangan ini telah dihadiri oleh semua Pengurus Cawangan PI1M di Melaka,Pengerusi Skmm, wakil Digi Telecomunicaton,Maxis serta TM dan wakil CCMSB... lagi
Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya
Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya
Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik)
Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016BBengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pi1m Taman Kemendor
Aktiviti Terkini | 17 September 2016Program Hari Terbuka ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Taman Kemendor, Jasin Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merasmikan PI1M Taman Kemendor yang telah beroperasi semenjak awal tahun 2016. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Skmm dan Digi... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
Bengkel “My Komuniti Kreatif”
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, vimeo atau Instagram... baca selanjutnya
BERIKAN MASA
Aktiviti Terkini | 9 Julai - 3 Ogos 2016Pada bulan ini kami telah mengadakan rumah terbuka kepada para pelanggan untuk bersama-sama untuk menyambut Aidilfitri yang mulia. Bersemperna tema tahun ini iaitu Berikan Masa... baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016. MEMPERKASAKAN REMAJA DIGITAL DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Berita TerkiniPROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK
Aktiviti Terkini | 24 Jun 2016Semperna menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini PI1M kami telah bergabung dengan PI1M Kg Masjid Baru untuk mengadakan program agihan bubur lambuk kepada guru dan pelajar Sekolah Agama Merlimau 2... baca selanjutnya
Aktiviti Cuti Sekolah
Aktiviti Terkini | 22 Mei 2016Musim cuti sekolah kali ini kami telah mengadakan aktiviti seperti teka kacang,uji minda,teka teki dan online game bagi memenuhi masa lapang mereka. Kami... baca selanjutnya
Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016
Aktiviti Terkini | 18 & 19 Mei 2016Bengkel ini dijalankan di Lotus Beach Resort Kota Tinggi, Johor bagi tujuan menerangkan mengenai program-program yang akan dilancarkan oleh pihak SKMM sepanjang... baca selanjutnya
Digi Product Training
Aktiviti Terkini | 22 April 2016Kursus kali ini penerangan mengenai produk-produk daripada Digi yang akan dijual didalam PI1M bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung... baca selanjutnya
karnival kerjaya & pendidikan
Aktiviti Terkini | 03 April 2016Kami telah dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini dengan tujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia khususnya kepada warga Merlimau dan juga seluruh negeri Melaka. Hasil... baca selanjutnya
Program wanita era digital
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016Pihak Digi Telekomunikasi telah memberi peluang khususnya kepada wanita setempat untuk memdalami lagi mengenai ilmu teknologi semasa. Para wanita telah diajar tentang... baca selanjutnya
Workshop on Video Editing using Adobe Premier pro Cc
Aktiviti Terkini | 08 - 09 Mac 2016Kami telah menyertai kursus untuk membuat video oleh pihak Creative Century Management Sdn Bhd bagi memperkukuhkan lagi ilmu berkaitan dengan pembikinan video... baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Program Bersama Belia & Komuniti
Aktiviti Terkini | 06 Februari 2016Bulan ini kami telah mengadakan program bagi merapatkan lagi hubangan dengan komuniti terutamanya golongan belia. Program seperti ini sangat bermakna bagi kami kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakan. Terima kasih diucapkan kepada... baca selanjutnya
Program Keusahawanan
Aktiviti Terkini | 30 Januari 2016Program ini diadakan adalah untuk memberi pendekatan dan latihan kepada pengurus / penolong pengurus tentang modul-modul pembelajaran untuk kelas keusahawanan... baca seterusnya