Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan Tahun

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Pengurusan Jenazah 2018

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Untuk mengajar kemahiran menguruskan jenazah dan memberikan kesedaran mengenai pengurusan jenazah serta mengendalikan aktiviti mengurus jenazah... baca selanjutnya

Digi Academy – Design Thinking

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Pertandingan Kuiz Digi Academy 2

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2018

Program bertujuan untuk enguji kefahaman pelajar yang terlibat dengan program Digi Academy tentang setiap pembelajaran berkaitan Arduino... baca selanjutnya

Hari Potensi dan Inovasi

Aktiviti Terkini | 24 September 2018

Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat Chabau dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya

Sambutan Hari Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Dapat mencetuskan dan menyemarakan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2018

Dapat memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Air Baruk

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Kursus Non-Verbal Communications

Aktiviti Terkini | 18 April 2018

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 2.30 petang. Para penghulu dan penggawa mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 8.30 pagi. Kemudian, aktiviti bersama pegawai SKMM dimulakan pada pukul 9.00 pagi... baca selanjutnya

Majlis Penyampaian Sijil

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018

Bertujuan untuk menghargai Pelajar asas komputer yang telah menghadiri beberapa kelas... baca selanjutnya

Puzzle Online Game

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2018

Pada musim cuti sekolah kali ini ramai yang datang ke PI1M adalah daripada golongan kanak-kanak. Justeru itu bagi memenuhi permintaan mereka kali ini, pihak kami telah mengadakan pertandingan Puzzle Online... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 17 & 25 Januari 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat. Melalui e-rezeki ini, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.... baca selanjutnya