Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


CARA-CARA MEMBUAT RESUME DI CANVA

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Mengajar komuniti cara untuk membuat resume di Canva.................baca selanjutnya

PEDI DAN PERANANNYA TERHADAP KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2021

Berkongsi kepada komuniti beberapa penambahbaikkan PEDi yang akan diadakan pada tahun 2022................baca selanjutnya

JOM AKTIFKAN FUNGSI VOLTE DI PERANTI 4G ANDA! (BAGI PENGGUNA PERANTI IPHONE)

Aktiviti Terkini | 8 Disember 2021

Memberi penerangan tentang VoLTE..................baca selanjutnya

PAKEJ KELUARGA MALAYSIA DENGAN DIGI

Aktiviti Terkini | 14 November 2021

Berkongsi kepada komuniti tawaran-tawaran istimewa daripada Digi di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini. .................baca selanjutnya

CARA-CARA MENGGUNAKAN “SHOPEE COINS”

Aktiviti Terkini | 8 November 2021

Memberi pendedahan tentang apa itu “Shopee Coins”..................baca selanjutnya

PROMOSI PRODUK USAHAWAN: NOR SHAZWANI (OBSESS COSMETICS).

Aktiviti Terkini | 7 November 2021

Menunjukkan cara mudah penggunaan produk kosmetik Obsess melalui sesi “tutorial” tata rias (“Make-up tutorial”) semasa siaran langsung diadakan.................baca selanjutnya

30 MAKANAN TRADISIONAL MELAYU POPULAR DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Mengimbau kembali keistimewaan makanan tradisional melayu yang terdapat di Malaysia bersama komuniti. ................baca selanjutnya

CARA-CARA MENGGUNAKAN “TEAMVIEWER”

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2021

Video pembelajaran ICT ini berdurasi 3 minit dan telah disiarkan di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau. ................baca selanjutnya

VAKSIN COVID-19 UNTUK REMAJA 12-17 TAHUN

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021

Memberitahu komuniti kategori tertentu remaja sebagai kumpulan sasaran penerima Vaksin Covid-19, lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta jenis vaksin yang akan diterima oleh mereka secara terperinci................baca selanjutnya

PROMOSI PRODUK USAHAWAN: ANGAH STATIONS

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Membantu usahawan untuk meningkatkan hasil jualan beliau................baca selanjutnya

PENGGUNAAN FORMULA “TRANSPOSE” DI MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 7 September 2021

Menunjukkan “trick” mudah mengubah kedudukan data/sel “table” mendatar kepada menegak atau sebaliknya menggunakan Microsoft Excel................baca selanjutnya

PPN FASA 2 NEGERI MELAKA

Aktiviti Terkini | 5 September 2021

Menerangkan kepada komuniti maksud sebenar vaksinasi lengkap untuk jenis-jenis vaksin (Contoh: Vaksinasi lengkap untuk penerima Vaksin Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, Moderna dan Sinopharm memerlukan lebih 14 hari selepas dos kedua untuk dikira sebagai vaksinasi lengkap). ...............baca selanjutnya

PENGENALAN ASAS CANVA

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2021

Menerangkan kepada komuniti tentang fungsi setiap butang yang ada di dalam Aplikasi Canva secara terperinci...............baca selanjutnya

PENGGUNAAN “WRAP TEXT FEATURE” DI MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2021

Menunjukkan “trick” mudah untuk meletakkan perkataan yang panjang di dalam satu sel sahaja tanpa masuk ke dalam sel-sel yang lain di Microsoft Excel..............baca selanjutnya

PENGGUNAAN FORMULA TARIKH DI MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2021

Menunjukkan “trick” mudah mendapatkan hari daripada tarikh secara automatik tanpa perlu mencari hari secara manual.............baca selanjutnya

SECARA LANGSUNG: TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JASIN

Aktiviti Terkini | 9 Julai 2021

Untuk memperkenalkan secara terperinci tempat-tempat bersejarah dan komersial yang berada di Jasin............baca selanjutnya

SECARA LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2021

Untuk memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada komuniti asas-asas penting yang ada di dalam Microsoft PowerPoint...........baca selanjutnya

SECARA LANGSUNG: SLOT ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ONLINE GROOMING

Aktiviti Terkini | 2 Julai 2021

Untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang apa itu “Online Grooming”?, panduan ibu-bapa untuk mengawal anak-anak mereka, sexting serta kesan-kesannya ke atas kanak-kanak..........baca selanjutnya

LIVE: SLOT JARINGAN PRIHATIN DIGI DI FACEBOOK PAGE PIK MERLIMAU

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021

Untuk memberi penerangan tentang tawaran yang disediakan di dalam Jaringan Prihatin Digi.........baca selanjutnya

LIVE SLOT ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI: “TEKNOLOGI DAN ANDA”

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2021

Untuk berbincang secara santai bersama komuniti tentang kegunaan internet, sejarah pelancaran internet di Malaysia, cara mengakses internet dan sebagainya.........baca selanjutnya

LIVE SLOT USAHAWAN DI FACEBOOK PAGE: HENNALINE_IZZATI: USAHAWAN HENNA (INAI)

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021

Untuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk beliau melalui laman sosial Pusat Internet Komuniti Merlimau........baca selanjutnya

LIVE SLOT USAHAWAN DI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET KOMUNITI MERLIMAU

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Untuk membantu usahawan (Agent & Dropship) di Merlimau dalam mempromosikan produk beliau melalui laman sosial Pusat Internet Komuniti Merlimau.......baca selanjutnya

LIVE SLOT KLIK DENGAN BIJAK DI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET KOMUNITI MERLIMAU

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Untuk memberi pendedahan mendalam kepada komuniti berkaitan Internet dan media sosial, risiko jenayah siber terhadap remaja serta undang-undang berkaitan jenayah siber. .......baca selanjutnya

LIVE DI FACEBOOK PAGE : USAHAWAN TEMPATAN MEMPROMOSIKAN MEKNAASCARF.CO

Aktiviti Terkini | 17 April 2021

Membantu usahawan kecil (Dropship) di Merlimau dalam mempromosikan produknya melalui laman sosial Pusat Internet Komuniti Taman Muhibbah Merlimau.......baca selanjutnya

LIVE DI FACEBOOK PAGE : ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) MEMBINA KEBINGKASAN

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan buli siber, sexting, pengantunan kanak-kanak di dalam talian dan ketagihan internet serta peranan Ibu bapa/ penjaga dalam mencegahnya......baca selanjutnya

KDB: "CYBER BULLY"

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Untuk membentuk modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber.....baca selanjutnya

PROGRAM JOMTUISYEN@SPM

Aktiviti Terkini | 2-28 Februari 2021

Program JomTuisyen Bersama Pusat Internet Komuniti Secara Percuma Bertujuan untuk membantu para pelajar-pelajar SPM Untuk Menghadapi Peperiksaan....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK ONLINE – KESELAMATAN DALAM INTERNET

Aktiviti Terkini | 24 JANUARI 2021

Memberi kesedaran mengenai keselamatan di internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya