TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK MERLIMAU 2

Aktiviti terkini | 13 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Kantin Sekolah SK Merlimau 2

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat ini adalah kolaborasi antara Pejabat Pendidikan Jasin, SK Merlimau 2 dan PEDi Kluster Jasin. Antara PEDi yang terlibat dengan taklimat ini adalah PEDi Merlimau, PEDi Kg Chabau, PEDi Kesang, PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong dan PEDi Terentang. Taklimat ini merangkumi topik Kesedaran Keselamatan Komputer dan Buli Siber. Taklimat telah berlangsung di Kantin SK Merlimau 2 selama 2 jam. Seramai 200 orang murid tahap dua daripada darjah 4, 5 dan 6 telah menyertai taklimat ini.

Tujuan:
• Memberi kesedaran kepada para murid tentang keselamatan penggunaan komputer dan buli siber.
• Mempromosikan PEDi.
• Menggalakkan para murid dan guru untuk menggunakan fasiliti PEDi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program ini adalah kerjasama antara PEDi Merlimau, PEDi Kg Chabau, PEDi Kesang, PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong dan PEDi Terentang.
• Seramai 200 orang murid telah terlibat sebagai peserta.
• Seramai 6 orang petugas PEDi telah hadir untuk menyempurnakan taklimat.


Kelebihan Aktiviti :
• Murid-murid dapat diberi pendedahan tentang maklumat penting berkaitan penggunaan komputer dengan selamat dan betul.
• Memperkenalkan PEDi kepada murid-murid.
• Selain mendengar taklimat, murid-murid juga dapat menyertai kuiz Klik dengan Bijak bersama-sama petugas PEDi untuk menambah ilmu pengetahuan dan menguatkan kefahaman.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :