TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL

Aktiviti terkini | 13 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Giatmara Jasin (Sungai Rambai)

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Sungai Rambai, PEDi Serkam dan PEDi Kemendor telah dijemput oleh pihak Giatmara Jasin sempena Minggu Mesra Pelatih untuk memberi taklimat berkenaan keusahawanan digital. Taklimat ini terdiri daripada tiga slot utama iaitu Pengenalan e-Dagang, Persediaan sebagai Usahawan Digital dan Kepentingan Pendaftaran SSM. Seramai 27 orang pelatih baru telah hadir ke taklimat ini.

Tujuan:
• Memberi pendedahan tentang perniagaan atas talian atau e-Dagang.
• Memperkenalkan platform-platform yang ada untuk perniagaan atas talian.
• Memberitahu tentang kepentingan pendaftaran perniagaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Taklimat ini adalah kerjasama antara PEDi Merlimau, PEDi Serkam dan PEDi Sg Rambai.
• Seramai 27 orang pelatih baru telah terlibat sebagai peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Para pelatih baru telah mendapat pendedahan tentang perniagaan atas talian atau e-Dagang.
• Para pelatih mendapat idea bagaimana untuk memulakan perniagaan melalui platform seperti Shopee, Tiktok Shop, Lazada dan banyak lagi.
• Menambah peluang para pelatih untuk mencari wang tambahan melalui perniagaan di platform e-Dagang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :