MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023

Aktiviti terkini | 22 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
AMES Hotel, Melaka

Ringkasan Aktiviti :
Mesyuarat Halatuju dan Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Melaka Bersama YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Yang Berhormat Encik Fairul Nizam bin Roslan. Antara agenda majlis adalah pembentangan dari pihak MCMC secara keseluruhan mengenai PEDi, pembentangan dari PEDi Kluster Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah, ucapan daripada YB EXCO, TimbalanNya serta Pengarah MCMC Melaka.


Tujuan:
• Membentangkan peranan dan pencapaian PEDi Negeri Melaka.
• Penyampaian pesanan dan cadangan hala tuju PEDi untuk tahun 2023 dan seterusnya oleh YB EXCO.
• Menggalakkan PEDi Melaka untuk menjadi platform promosi bagi Tahun Melawat Melaka 2024.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Turut hadir wakil dari lain-lain agensi seperti RTM Melaka, Bernama, Melaka Hari Ini dan MelakaTV.


Kelebihan Aktiviti :
• Pencapaian dan hasil khidmat PEDi kepada komuniti dapat dibentangkan.
• Cadangan penambahbaikkan juga dapat diutarakan supaya setiap fasiliti di PEDi dapat digunakan secara menyeluruh oleh komuniti.
• Hala tuju yang baharu dapat dicapai demi kebaikan komuniti terutama para usahawan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :