BENGKEL ANIMASI CANVA DI SK MERLIMAU
Aktiviti terkini | 4 Julai 2023Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer SK Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Animasi Canva ini adalah kolaborasi antara SK Merlimau dan 3 PEDi Kluster Jasin. Antara PEDi yang terlibat untuk menjayakan bengkel ini adalah PEDi Merlimau, PEDi Serkam dan PEDi Sg Rambai. Seramai 20 orang murid tahap dua yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai bengkel ini. Manakala, 6 orang petugas PEDi dan 3 orang guru bertindak sebagai fasilitator program. Bengkel telah berlangsung selama 2 jam 30 minit di Makmal Komputer SK Merlimau. Pihak sekolah menyambut baik kedatangan PEDi ke sekolah dan bengkel telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Tujuan:
• Memperkenalkan Aplikasi Canva kepada murid-murid.
• Memberi tunjuk ajar kepada murid-murid cara menggunakan Aplikasi Canva dengan mudah dan berkesan.
• Memberi tunjuk ajar kepada mereka cara menggunakan funsi Animate di Aplikasi Canva.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program ini adalah kerjasama antara PEDi Merlimau, PEDi Serkam dan PEDi Sg Rambai.
• Seramai 20 orang murid telah terlibat sebagai peserta.
• Seramai 6 orang petugas PEDi dan 3 orang guru bertindak sebagai fasilitator sepanjang bengkel berlangsung.
Kelebihan Aktiviti :
• Memperkuat kemahiran asas (Basic Skill) murid-murid dalam menggunakan Aplikasi Canva
• Murid-murid dapat menghasilkan satu video pendek yang mengandungi elemen-elemen yang telah diajar seperti Animate, Text Color, Copy and Paste, Design, Upload dan banyak lagi.
• Murid-murid telah mendapat pendedahan terperinci mengenai Aplikasi Canva dan apa yang boleh mereka hasilkan menerusinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :