MESYUARAT PEMBENTANGAN SETENGAH TAHUN PRESTASI PEDI NEGERI MELAKA 2023
Aktiviti terkini | 28 Julai 2023Tempat Aktiviti:
Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Melaka
Ringkasan Aktiviti :
Mesyuarat ini melibatkan seluruh petugas PEDi Negeri Melaka daripada 3 Kluster iaitu Kluster Jasin, Kluster Melaka Tengah dan Kluster Alor Gajah. Seramai 30 orang Pengurus PEDi telah hadir ke sesi pembentangan ini untuk membincangkan prestasi PEDi daripada bulan Januari hingga bulan Jun 2023.
Tujuan:
• Membincangkan prestasi PEDi setengah tahun Negeri Melaka 2023.
• Membentangkan cabaran-cabaran untuk memenuhi setiap KPI yang diperlukan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Melaka.
• Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu – aluan dari Pengarah MCMC Negeri Melaka dan diteruskan dengan pembentangan dari Ketua Kluster Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.
• Mesyuarat telah berlangsung selama 4 jam.
Kelebihan Aktiviti :
• Prestasi PEDi dapat diteliti.
• Cabaran - cabaran memenuhi KPI dapat dibincangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :