ENTREPRENEURSHIP: BASIC TIKTOK CONTENT, ADS & FINANCE MANAGEMENT
Aktiviti terkini | 15 September 2023/span>Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Taman Muhibbah Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah kolaborasi bersama Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan Rakan Digital PEDi Sungai Rambai.
• Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi untuk tajuk Basic Tiktok Content via Capcut yang dikendalikan oleh RD PEDi Sungai Rambai.
• Manakala, RD PEDi Taman Muhibbah Merlimau pula mengambil alih kelas untuk sesi petang dengan tajuk Tiktok Ads & Finance Management.
• Seramai 9 orang usahawan telah terlibat sebagai peserta untuk kedua-dua sesi dan turut serta sebagai pembantu tenaga pengajar iaitu petugas PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Sg Rambai, PEDi Serkam dan PEDi Kemendor.
Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada usahawan strategi pembuatan kandungan menarik di platform TikTok.
• Memberi tunjuk ajar kaedah berkesan untuk menggunakan iklan TikTok dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan.
• Memberi latihan kepada usahawan asas pengurusan kewangan untuk perniagaan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Tenaga pengajar terdiri daripada Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan Rakan Digital PEDi Sg Rambai.
• Program telah berlangsung bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga 6 petang.
Kelebihan Aktiviti :
• Para usahawan boleh mempelbagaikan kandungan untuk platform Tiktok perniagaan mereka melalui Aplikasi Capcut.
• Para usahawan mendapat pendedahan asas mengenai Tiktok Ads dengan lebih terperinci.
• Para usahawan diberi tunjuk ajar bagaimana mereka boleh menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih efisien dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :