Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.
Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.
Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.
Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Sambutan Hari Merdeka
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini kami ingin membuat kelainan sedikit dimana kami bersama-sama... baca selanjutnya
Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017Aktiviti ini dapat mengetengahkan bakat pelajar dalam mencipta robot, mendidik pelajar agar dapat mencipta robot yang... baca selanjutnya
Sambutan Hari Raya 2017
Aktiviti Terkini | 8 Julai 2017Bertujuan untuk merapatkan jurang antara satu sama lain, menjalinkan kerjasama diantara komuniti setempat dan luar serta menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti... baca selanjutnya
Kuiz Ramadhan
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa terluang pada musim cuti sekolah... baca selanjutnya
Taklimat KDB Kolaborasi SKMM, PI1M Serkam, PI1M Merlimau & PI1M Terentang
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2017Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka(ibu-bapa, penjaga)... baca selanjutnya
Program Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017
Aktiviti Terkini | 25 - 27 April 2017Mengajar asas-asas robotic kepada pelajar dan dapat membantu meningkatkan kemahiran tentang robitik... baca selanjutnya
Majlis Penyampaian Sijil
Aktiviti Terkini | 15 April 2017Bertujuan untuk menghargai Pelajar asas komputer yang telah menghadiri beberapa kelas... baca selanjutnya
Puzzle Online Game
Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017Pada musim cuti sekolah kali ini ramai yang datang ke PI1M adalah daripada golongan kanak-kanak. Justeru itu bagi memenuhi permintaan mereka kali ini, pihak kami telah mengadakan pertandingan Puzzle Online... baca selanjutnya
PROGRAM JOM KITA KE KAMPUNG
Aktiviti Terkini | 8 Februari 2017Program Jom Kita Ke Kampung merupakan program kesinambungan Program Ziarah Kasih. Program ini adalah bagi mencari dan membantu mereka yang memerlukan. Ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan Melaka Bebas Kemiskinan... baca selanjutnya
Jom Mengail Ikan Darat
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2017Pertandingan kali ini mendapat kerjasama yang erat dari Ahli Majlis, Penghulu, JKKK, Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibah Merlimau dan masyarakat sekitar. Penyertaan kali ini juga amat memberangsangkan iaitu sekitar 300 Orang yang menyertai. Peserta terdiri daripada penduduk Kampung Duyong sendiri dan kampung-kampunekitar seperti Solok Bukit Baru, Bukit Godek, Kampung Paya Ikan dan sebagainya... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya