MERDEKA CENTRE: KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA DAN PENILAIAN IMPAK PEDI
Aktiviti terkini | 19 & 20 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Taman Muhibbah Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Pihak Merdeka Centre telah hadir ke PEDi Taman Muhibbah Merlimau untuk menjalankan kaji selidik keperluan pengguna dan impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada 15 responden yang terdiri daripada pengguna PEDi dan peserta program PEDi.
Tujuan:
• Mencari maklumat berdasarkan beberapa soalan mengenai program dan pengguna PEDi.
• Mencari maklumat tentang kemudahan yang disediakan oleh PEDi.
• Membuat kaji selidik tentang pengalaman pengguna dalam menggunakan perkhidmatan PEDi.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kaji selidik telah berlangsung selama 2 hari (19-20 Ogos 2023)
• Kaji selidik telah dijalankan secara fizikal dan secara atas talian (melalui panggilan telefon)
• Responden telah disediakan oleh pihak PEDi.
Kelebihan Aktiviti :
• Data yang diperlukan dapat dikumpul melalui PEDi.
• Kepuasan pengguna PEDi dapat dikaji.
• Penambahbaikan dapat dilakukan jika perlu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :