AKTIVITI MEMBUAT DEKORASI TAHUN BARU CINA

Aktiviti terkini | 15 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti membuat dekorasi Tahun Baru Cina ini telah diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi. PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Serkam, PEDi Sungai Rambai dan PEDi Taman Seri Kemendor telah bekerjasama untuk menjayakan aktiviti ini bertujuan bersama sama memeriahkan sambutan perayaan ini. Antara dekorasi yang telah dihasilkan adalah origami tanglung kipas.

Ringkasan Aktiviti:
• Membangkitkan semangat sambutan perayaan Tahun Baru Cina. • Mempelajari cara-cara membuat origami berkaitan hiasan sempena Tahun Baru Cina.
• Mengeratkan hubungan antara PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Aktiviti ini telah berlangsung secara fizikal di PEDi Taman Muhibbah Merlimau.
• Ia telah diadakan selama 1 jam.
• Aktiviti ini adalah kolaborasi bersama PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Serkam, PEDi Sungai Rambai dan PEDi Taman Seri Kemendor.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
• Dapat menggunakan hasil dekorasi untuk hiasan PEDi.
• Dapat mengeratkan hubungan sesama PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :