KEUSAHAWANAN: META ADS (A-Z GUIDE)

Aktiviti terkini | 11 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Taman Muhibbah Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Kelas keusahawanan ini adalah anjuran Rakan Digital Taman Muhibbah Merlimau dengan kerjasama PEDi Serkam, PEDi Sg Rambai dan PEDi Kemendor. Seramai 10 orang usahawan daripada latar belakang perniagaan yang berbeza telah terlibat menyempurnakan kelas ini dan banyak ilmu telah berjaya dikongsikan kepada mereka.

Tujuan:
• Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan asas Aplikasi Meta Ads dan Business Suite secara teori dan praktikal.
• Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang kebaikan penggunaan Meta Ads di dalam perniagaan mereka.
• Berkongsi tips-tips penting dan berguna dalam menggunakan Meta Ads ini.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 10 orang usahawan daripada latar belakang perniagaan yang berbeza seperti usahawan kek lapis, usahawan kasut terpakai, usahawan servis berpantang dan banyak lagi telah terlibat sebagai peserta kelas.
• Kelas sesi pagi ini telah berlangsung selama 3 jam setengah di bilik latihan PEDi Taman Muhibbah Merlimau.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka di platform yang berkesan dengan betul.
• Menambah ilmu perniagaan para usahawan.
• Memberi idea kepada para usahawan bagaimana mereka boleh mempelbagaikan pemasaran produk atau servis mereka kepada orang ramai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :