PROMOSI PRODUK USAHAWAN: NOR SHAZWANI (OBSESS COSMETICS)
Aktiviti terkini | 7 November 2021Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau telah dijalankan bertujuan untuk mempromosikan produk usahawan tempatan, milik Cik Nor Shazwani Binti Mohd Bakeri. Beliau merupakan ejen berdaftar yang sah bagi produk kosmetik jenama Obsess (“Obsess Cosmetics”) yang kini sedang meningkat naik di pasaran tempatan. Beliau aktif melakukan aktiviti jualan bukan sahaja di platform sosial media seperti Instagram dan Facebook malahan beliau juga giat menggunakan pentas E-dagang Shopee untuk melakukan aktiviti jualan dan promosi. Melalui siaran langsung ini, platform jualan beliau telah diperkenalkan kepada komuniti secara terperinci termasuk jenis-jenis produk yang ada,
cara penggunaannya, harga serta sesi “tutorial” tata rias (“Make-up tutorial”) menggunakan produk kosmetik Obsess yang dilakukan oleh petugas PEDi sendiri.
Tujuan :
● Memperkenalkan pelbagai platform jualan dan promosi usahawan kepada komuniti seperti Instagram, Facebook dan Shopee milik beliau secara terperinci.
● Memperkenalkan jenis-jenis produk yang ada seperti “Treatment Cushion Foundation”, “Lip Matte”, “Eyeliner & Eyebrow Set” dan banyak lagi kepada komuniti.
● Menunjukkan cara mudah penggunaan produk kosmetik Obsess melalui sesi “tutorial” tata rias (“Make-up tutorial”) semasa siaran langsung diadakan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau.
● “Share Screen” kepada platform e-Dagang Shopee Cik Nor Shazwani dipancarkan semasa sesi siaran langsung untuk paparan para penonton/komuniti.
● Petugas PEDi menjadi model tata rias semasa sesi “tutorial make-up” dijalankan secara langsung.
Kelebihan Aktiviti :
● Dapat membantu usahawan ini menambah hasil jualan beliau.
● Berpeluang mempelbagaikan platform promosi selain menggunakan platform beliau sahaja.
● Berkongsi cara mudah dan tips berguna kepada komuniti tentang cara penggunaan produk kosmetik Obsess melalui sesi “tutorial make-up” yang diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :