PAKEJ KELUARGA MALAYSIA DENGAN DIGI

Aktiviti terkini | 14 November 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau telah dijalankan bertujuan memberi penerangan tentang Pakej Keluarga Malaysia iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia. Fokus siaran langsung ini adalah kepada rangkaian telekomunikasi Digi sahaja dimana petugas PEDi menggunakan Portal Rasmi Digi sebagai rujukan fakta semasa siaran langsung berjalan. Tawaran istimewa di bawah Pakej Keluarga Malaysia dengan Digi ini telah diterangkan secara terperinci kepada komuniti termasuk soalan lazim, terma dan syarat serta kos yang akan dikenakan kepada pelanggan yang berminat.


Tujuan :
● Memberitahu komuniti apa itu Pakej Keluarga Malaysia, Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia secara mendalam.
● Berkongsi kepada komuniti tawaran-tawaran istimewa daripada Digi di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini.
● Berkongsi kepada komuniti fakta penting pakej ini melalui soalan lazim, terma dan syarat, maklumat pelan yang ada serta banyak lagi informasi penting berkaitan Pakej Keluarga Malaysia ini.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau.
● Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau,
● “Share Screen” kepada Portal Rasmi Digi di bawah Slot Pakej Keluarga Malaysia dipancarkan semasa siaran langsung untuk kefahaman para penonton/komuniti.
● Poster-poster rasmi juga dikongsi kepada komuniti semasa siaran langsung sebagai maklumat tambahan.


Kelebihan Aktiviti :
● Memberitahu golongan remaja/pelajar tentang kemudahan pelan internet yang ada disediakan untuk mereka dalam menjalani sesi pembelajaran atas talian.
● Memberitahu komuniti atau golongan keluarga untuk menaiktaraf peranti mereka agar tidak ketinggalan di rangkain 3G dimana rangkaian ini akan ditamatkan tidak lama lagi.
● Dapat menerangkan kepada komuniti pelbagai cara menebus kedua-dua pakej ini dengan betul dan mudah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :