PENGENALAN ASAS CANVA

Aktiviti terkini | 6 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau bertajuk “Pengenalan Asas Canva” telah diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti asas penggunaan Aplikasi Canva, pengenalan kepada “features” dan “templates” yang disediakan untuk para pengguna serta lain-lain kemudahan dan tawaran tambahan yang terdapat di dalam aplikasi ini.


Tujuan :
● Menerangkan kepada komuniti tentang fungsi setiap butang yang ada di dalam Aplikasi Canva secara terperinci.
● Memberi tunjuk ajar bagaimana komuniti boleh dapatkan pelbagai pilihan “templates” berguna berdasarkan carian tema yang sangat mudah.
● Memberitahu komuniti tentang lain-lain kemudahan dan tawaran yang ada di dalam Aplikasi Canva.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
● Setiap “features”, “templates”, butang-butang penting serta lain-lain kemudahan atau tawaran di dalam Aplikasi Canva diulas dan diterangkan satu persatu secara mendalam kepada komuniti.
● “Share Screen” kepada Aplikasi Canva dipancarkan secara serentak semasa sesi penerangan teori untuk memberi lebih kefahaman kepada komuniti secara praktikal.


Kelebihan Aktiviti :
● PIK berpeluang memberi alternatif lain/tambahan kepada komuniti untuk melakukan aktiviti suntingan gambar atau video, mencipta rekaan dan banyak lagi yang berkaitan seperti “presentation slides”, poster, logo, menu, kad jemputan dan lain-lain dengan menggunakan Aplikasi Canva yang sangat mudah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
● Berpeluang memberitahu komuniti tentang “platform” percuma Canva yang boleh diakses di mana sahaja dengan capaian internet sama ada dengan menggunakan telefon pintar, tablet, komputer ataupun komputer riba.
● Dapat berkongsi ilmu pengetahuan kepada komuniti tentang pengalaman PIK sendiri dalam menggunakan Aplikasi Canva ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :