Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital
17 & 25 Januari 2018 | Rabu & Khamis
9.30 pagi - 2.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah, Melaka & Pusat Komputer Sekolah Menengah Seri Mahkota Melaka, Melaka
Tujuan:
• Mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat.
• Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian.
• Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan.
• Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.
• Erezeki adalah inisiatif digital malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.
• Dengan erezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.
Kelebihan Aktiviti:
• Program Erezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima br1m untuk menjana pendapatan
tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang¬peluang pendapatan secara digital.
• Program Erezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk
mendapat kesedaran, pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini.
• Secara ringkas, pihak kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT.
Penglibatan:
Para pelajar, para pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah dan guru.
Perlaksanaan Aktiviti:
• Aktiviti latihan keusahawanan menyediakan pakej untuk bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri
keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.
• Kursus ini memberi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan
Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan: