Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi
24 Julai 2018 | Selasa
2.00 petang - 3.30 petang | Sekolah Kebangsaan Chinchin, Melaka
Tujuan:
• Mengeratkan hubungan PI dengan masyarakat luar seperti para pelajar dan juga pihak yang berwajib.
Kelebihan:
Merapatkan hubungan kerjasama di antara pihak pengurusan PI dengan pihak sekolah.
Selain itu, para pelajar juga mengetahui bahayanya media social jika mereka tersilap langkah.
Mereka juga didedahkan kepada siapa mereka perlu mengadu dan bertindak jika mereka di situasi tersebut.
Di harap dengan perkongsian ini, para pelajar dapat mengambil iktibar dan juga pengetahuan yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan mereka terutama ketika di media sosial.
Penglibatan:
Para pelajar.
Perlaksanaan Aktiviti:
- Memberi penerangan serta bersoal jawab dengan para peserta berkenaan keburukan dan kelebihan media sosial.
Mengajar mereka cara untuk menyemak sesuatu maklumat sama ada benar atau palsu sebelum ditularkan.
- Memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: