PROGRAM JOM KITA KE KAMPUNG
8 Februari 2017 | Rabu
8.00 pagi – 5.00 petang
Tujuan:
Program Jom Kita Ke Kampung merupakan program kesinambungan Program Ziarah Kasih. Program ini adalah bagi mencari dan membantu mereka yang memerlukan. Ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan Melaka Bebas Kemiskinan.
Program kali ini mendapat kerjasama daripada YB Kawasan, Jabatan Ketua Menteri, Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kebajikkan Masyarakat, KEMAS, TAPEM, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pengerusi JKKK, Melaka FM, dan- Badan Swasta & NGO serta Orang perseorangan yang banyak membantu. Orang ramai boleh menyaksikan rakaman program tersebut di Saluran RTM1 jam 5 petang pada 8 February 2017.
Kelebihan:
- Memberi pendedahan kepada penduduk mengenai PI1M.
- Memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M.
- Membantu golongan yang kurang berada dan yang lebih memerlukan.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: