Taklimat KDB Kolaborasi SKMM, PI1M Serkam, PI1M Merlimau & PI1M Terentang
11 Mei 2017 | Khamis
2.00 petang – 5.30 petang | Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, Melaka
Tujuan:
Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar diharap dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
- Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Penglibatan:
Semua Pelajar UiTM Fakulti Sains & Komputer.
Nama VIP:
1). En Mohammad Arif Bin Haron Penolong(Pengarah SKMM Pejabat Negeri Melaka).
2). Pensyarah Fakulti Sains & Komputer.
Perlaksanaan aktiviti:
Para pelajar membuat percubaan setelah selesai proses pemasangan rocot masing-masing untuk memastikan ia boleh berfungsi atau tidak.
Aktiviti Berkaitan:
- Majlis bermula pada pukul 2.00ptg.
- Jamuan Makan.
- Taklimat Kdb.
- Kuiz.
- Sesi bergambar.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: