Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.
Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.
Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.
Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM: PROGRAM HARI MERDEKA DI SK TUN SRI LANANG
Aktiviti Terkini | 12 September 2024Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalankan aktiviti menarik untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2024Kelas Microsoft Word ini diadakan selama 1 jam bersama komuniti yang hendak mempelajari cara-cara untuk membuat laporan pekerjaan menggunakan Microsoft Word...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: PENYUNTINGAN VIDEO
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2024Kelas Penyuntingan video ini telah diadakan selama 1 jam 15 minit bersama komuniti yang hendak mempelajari cara untuk menyunting video dan membuat e-card perkahwinan...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2024Kelas Microsoft Powerpoint ini telah dijalankan selama 1 jam menggunakan Microsoft Powerpoint di NADI Taman Muhibbah Merlimau bersama komuniti setempat...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 19 Mei 2024Kelas Basic ICT ini telah dijalankan di NADI Merlimau selama 2 jam bertujuan untuk mengajar cara-cara menghasilkan carta organisasi bersama pelajar sekolah...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: PHOTO EDITING
Aktiviti Terkini | 22 April 2024Kelas Basic ICT ini telah dijalankan di NADI Merlimau selama 1 jam bertujuan untuk mengajar cara-cara untuk menyunting gambar passport secara atas talian...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT: MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2024Mengajar cara-cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dalam membuat link page dan animasi supaya dapat digunakan dalam laporan...baca selanjutnya
LAWATAN KERJA MCMC ACADEMY
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2024Lawatan Kerja MCMC Academy ini telah berlangsung pada 14 Februari 2024 di PEDi Serkam bertujuan untuk mengetahui tentang prestasi PEDi sepanjang tahun....baca selanjutnya
PROGRAM BULANAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 3 Februari 2024Program ini adalah Kerjasama antara (PEDi) Serkam, Taman Muhibbah Merlimau, Sungai Rambai, Kemendor dan melibatkan komuniti setempat...baca selanjutnya
MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI MELALUI SISTEM PADU
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2024PEDi Taman Muhibbah Merlimau telah membuka kaunter fizikal PADU untuk membantu orang ramai mengemaskini maklumat peribadi mereka dengan bantuan dari 2 orang pegawai dari Jabatan Perangkaan....baca selanjutnya
MESYUARAT PRESTASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2024Mesyuarat ini melibatkan seluruh petugas PEDi Negeri Melaka daripada 3 Kluster iaitu Kluster Jasin, Kluster Melaka Tengah dan Kluster Alor Gajah...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya