MESYUARAT PRESTASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA

Aktiviti terkini | 8 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Ayer Keroh

Ringkasan Aktiviti :
• Mesyuarat ini melibatkan seluruh petugas PEDi Negeri Melaka daripada 3 Kluster iaitu Kluster Jasin, Kluster Melaka Tengah dan Kluster Alor Gajah.
• Seramai 30 orang Pengurus PEDi dan 3 orang Rakan Digital telah hadir ke sesi pembentangan ini untuk membincangkan prestasi PEDi daripada bulan Julai hingga bulan Disember 2023.

Tujuan:
• Membincangkan prestasi dan program yang telah dilaksanakan di PEDi dari bulan Julai sehingga Disember 2023 untuk Negeri Melaka.
• Membentangkan cabaran-cabaran untuk memenuhi setiap KPI yang diperlukan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Ayer Keroh.
• Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu – aluan dari YB Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan diteruskan dengan pembentangan dari Ketua Kluster Alor Gajah, Jasin, dan Melaka Tengah.
• Mesyuarat telah berlangsung selama 3 jam.

Kelebihan Aktiviti :
• Prestasi oleh semua PEDi di Negeri Melaka dapat diteliti.
• Dapat mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi cabaran - cabaran yang dihadapi oleh petugas untuk memenuhi KPI.

Nama VIP :
• YB Datuk Fairul Nizam Roslan & YB Mohd. Noor Helmy

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :