MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI MELALUI SISTEM PADU
Aktiviti terkini |15 Januari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Muhibbah Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Muhibbah Merlimau telah membuka kaunter fizikal PADU untuk membantu orang ramai mengemaskini maklumat peribadi mereka dengan bantuan dari 2 orang pegawai dari Jabatan Perangkaan.
Tujuan:
• Membantu komuniti yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi di sistem PADU.
• Menggalakkan orang ramai mendaftar di sistem PADU.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kaunter Fizikal PADU di PEDi Taman Muhibbah dibuka pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
• Terdapat 2 orang pegawai dari Jabatan Perangkaan yang membantu semasa proses pendaftaran berlangsung.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu kelancaran orang ramai mendaftar di sistem PADU dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi Taman Muhibbah Merlimau.
• Dapat menarik minat dan memperkenalkan kepada komuniti tentang PEDi.
Nama VIP :
• TiadaT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :