PENGENALAN
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan .
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital;
- Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan; dan
- Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.
Tema : ILMU DIKONGSI
Tarikh Tutup Penyertaan : Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 31 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016
SYARAT PENYERTAAN
- A. Maklumat Pertandingan:
- 1. Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan merupakan salah satu program di bawah inisiatif Komuniti Pintar.
- 2. Tema bagi pertandingan ini adalah ILMU DIKONGSI
- B. Kelayakan Pertandingan
- 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) seluruh Malaysia.
- 2. Peserta di bawah umur 18 tahun mestilah mempunyai kebenaran daripada ibubapa atau penjaga.
- 3.Peserta yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
- C. Terma dan syarat pertandingan.
- 1. Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan
- 2. Contoh kandungan adalah seperti kaedah tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan
- 3. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit
- 4. Video yang dihasilkan hendaklah dimuat naik ke YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta sendiri berserta tag ‘MYkomunitikreatif’ dan ‘MYkif’
- 5. Penyertaan hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau mempunyai sarikata Bahasa Malaysia
- 6. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan
- 7. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://mykif.mcmc.gov.my sebelum tarikh tutup pertandingan
- 8. Tarikh tutup pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) fasa seperti berikut:
Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 31 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016
- 9. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak
- 10. Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa
- 11. Setiap peserta/kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
- 12. Penyertaan adalah percuma
- 13. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Pihak sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap
- 14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak
- 15. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak
- 16.Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan
- 17.Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan
- 18. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran
- 19. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan
- 20. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan
- 21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama (dan ahli-ahli kumpulan jika ada), Nama Pusat Internet 1Malaysia, Daerah dan Negeri di awal video.
HADIAH
Video MYkif Terbaik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Unik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Berpotensi : RM1,000 x 5 Pemenang
Penyertaan terbanyak
(Individu/Berkumpulan) : RM1,000 x 3 Pemenang
Penyertaan Terbanyak
(PI1M) : RM1,000 x 3 Pemenang
PERTANYAAN
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
MCMC TOWER 1, JALAN IMPACT, CYBER 6
63000 CYBERJAYA
Emel : mykif@cmc.gov.my
Web : http://mykif.mcmc.gov.my