Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SCHOOL HOLIDAY ACTIVITY: MODERN GAMES

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

PEDi Taman Muhibbah Merlimau telah menganjurkan aktivti cuti sekolah bersama pelajar sekolah untuk mengisi masa mereka semasa cuti di PEDi...baca selanjutnya

PERSIDANGAN PEDI MADANI 2023

Aktiviti Terkini | 29 November 2023

Petugas PEDi seluruh negara telah dijemput untuk menghadiri Persidangan PEDi MADANI 2023 di PICC...baca selanjutnya

ENTREPRENEURSHIP: AI MARKETING BATCH 1

Aktiviti Terkini | 7 November 2023

Program ini merupakan program keusahawanan yang dianjurkan oleh Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dengan kerjasama PEDi Serkam dan PEDi Sg Rambai...baca selanjutnya

TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN PERKESO NEGERI MELAKA

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2023

Temuduga terbuka ini adalah anjuran Perkeso Negeri Melaka dengan kerjasama PEDi Taman Muhibbah Merlimau yang melibatkan satu majikan iaitu Risoprint (Malaysia) Sdn Bhd...baca selanjutnya

JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA MDEC

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023

Jelajah Saya Digital @ Melaka ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersempena dengan Smart Melaka International Conference and Expo (SMIX)...baca selanjutnya

ENTREPRENEURSHIP: BASIC TIKTOK CONTENT, ADS & FINANCE MANAGEMENT

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program ini adalah kolaborasi bersama Rakan Digital PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan Rakan Digital PEDi Sungai Rambai...baca selanjutnya

PROGRAM HARI MALAYSIA: TREASURE HUNT

Aktiviti Terkini | 9 September 2023

Program Hari Malaysia ini adalah kerjasama antara PEDi Serkam, PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Sg Rambai, PEDi Kemendor, Rumah Halaqah Serkam, MAIM dan JAIM...baca selanjutnya

MERDEKA CENTRE: KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA DAN PENILAIAN IMPAK PEDI

Aktiviti Terkini | 19 & 20 Ogos 2023

Mencari maklumat berdasarkan beberapa soalan mengenai program dan pengguna PEDi. . .................baca selanjutnya

KEUSAHAWANAN: FINANCIAL STATEMENT ANALYSIS

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023

Menggalakkan para usahawan untuk membuat catatan penuh kewangan perniagaan masing-masing. ..................baca selanjutnya

KEUSAHAWANAN: META ADS (A-Z GUIDE)

Aktiviti Terkini |11 Ogos 2023

Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan asas Aplikasi Meta Ads dan Business Suite secara teori dan praktikal...................baca selanjutnya

MESYUARAT PEMBENTANGAN SETENGAH TAHUN PRESTASI PEDI NEGERI MELAKA 2023

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2023

Membincangkan prestasi PEDi setengah tahun Negeri Melaka 2023. .................baca selanjutnya

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Memberi pendedahan tentang perniagaan atas talian atau e-Dagang. .................baca selanjutnya

BENGKEL ANIMASI CANVA DI SK MERLIMAU

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2023

Memperkenalkan Aplikasi Canva kepada murid-murid. .................baca selanjutnya

KELAS MICROBIT FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A)

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023

Memberi pendedahan kepada para peserta apa itu microbit dan apa yang boleh microbit lakukan.................baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK MERLIMAU 2

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023

Memberi kesedaran kepada para murid tentang keselamatan penggunaan komputer dan buli siber. ................baca selanjutnya

TAYANGAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN 2023

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Menyambut bulan Syawal iaitu bulan kemenangan umat islam selepas sebulan berpuasa................baca selanjutnya

TAYANGAN FILEM RAMADHAN - 18 PUASA DI KAMPUNG PISANG

Aktiviti Terkini | 8 April 2023

Memberi pendedahan positif aspek nilai murni dan pengajaran berkaitan amalan berpuasa seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, bersedekah, melakukan kebaikan dan banyak lagi kepada ahli PEDi yang terlibat. ..............baca selanjutnya

PROGRAM RAMADAN 1444H

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023

Memperkenalkan PEDi pada para peserta..............baca selanjutnya

KITAR BRIEFING SESSION (NEGERI SEMBILAN & MELAKA)

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2023

Untuk pihak MCMC memberi penerangan tentang proses dan prosedur program KITAR................baca selanjutnya

SUPPORT LOKAL : MEMPROMOSIKAN PRODUK KECANTIKAN OLEH USAHAWAN TEMPATAN

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023

Mempromosikan produk kecantikan yang diusahakan oleh usahawan tempatan. ...............baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT DEKORASI TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023

Membangkitkan semangat sambutan perayaan Tahun Baru Cina. ..............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya