Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KARNIVAL WANITA SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN KETUA MENTERI MELAKA – YAB TUAN HJ ADLY ZAHARI

Aktiviti Terkini |28 November 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PAGN

Aktiviti Terkini |20 Oktober 2019

Pusat Anak GENIUS Negara...baca selanjutnya

KARNIVAL ICT DI MBMB

Aktiviti Terkini |4-6 Oktober 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya

KDB di SK Padang Temu

Aktiviti Terkini | 26 September 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya

Pameran di MBMB

Aktiviti Terkini |13 September 2019 - 15 September 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya

KDB DI SK MERLIMAU 1

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet,Berwaspada ketika menyebarkan maklumat dan amalkan sikap-sikap yang baik ketika menggunakan internet...baca selanjutnya

KDB DI SMK CANOSSA CONVENT

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet,Berwaspada ketika menyebarkan maklumat dan amalkan sikap-sikap yang baik ketika menggunakan internet...baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK & PUZZLE

Aktiviti Terkini | 27 julai 2019

Menyebarkan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan internet dan sentiasa berwaspada ketika menyebarkan maklumat, juga mengamalkan sikap-sikap yang baik ketika menggunakan internet...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI

Aktiviti Terkini | 17 & 20 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat serta mengambil kira inisiatif yang diusulkan serta bekerjasama dalam menjayakan apa yang dihajati....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama,disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PIM dengan komuniti setempat... baca selanjutnya

Karnival Kerjaya 2019

Aktiviti Terkini | 30 April 2019

Bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada komuniti, mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan mengisi waktu cuti persekolahan pelajar dengan aktiviti yang sihat... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 5 April 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul... baca selanjutnya

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Melaka

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Objektifnya adalah menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti dan berkongsi idea dan pendapat serta mengambil kira inisiatif yang diusulkan serta bekerjasama dalam menjayakan apa yang dihajati... baca selanjutnya

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2019

Objektifnya adalah menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti dan berkongsi idea dan pendapat serta mengambil kira inisiatif yang diusulkan serta bekerjasama dalam menjayakan apa yang dihajati... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2019

Bertujuan dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri... baca selanjutnya