INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka melalui dua jalan; Lebuh AMJ Jkr-ft19.png dan Jalan Melaka-Muar Jkr-ft5.png. Dari Jasin pula melalui Jalan Merlimau-Jasin. Dari Lebuhraya Utara-Selatan Mes-e2.png AH 2 melalui susur keluar Jasin EXIT 233, selepas keluar dari Plaza Tol Jasin, sepanjang 5 kilometer melalui ladang kelapa sawit sehingga jumpa simpang tiga; ke kiri ke Jasin dan ke kanan ke Merlimau.

Jalanraya 4 lorong dikenali sebagai Lebuh AMJ menghubungkan dari Merlimau ke Muar, Sungai Rambai (selatan); Bandaraya Melaka, Alor Gajah dan plaza tol Simpang Ampat (utara) telah dibuka kepada orang ramai pada 2007. Persimpangan Merlimau Lebuh AMJ yang menghubungkan dengan pekan Merlimau hanya sepanjang 3 kilometer. Ada satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral dan Jasin Sentral iaitu syarikat bas Panorama Melaka (dahulu kenali sebagai syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz).

Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin di Alor Gajah yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Syarikat bas Panorama Melaka yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

Rekreasi & Perlancongan

Sebagai pusat pelancongan yang paling digemari, Melaka kaya dengan keunikan yang tidak dapat disangkal lagi. Negeri ini menjadi pentas warisan Melaka dan mempunyai pelbagai tempat tinggalan sejarah yang boleh dilawati. Antara yang boleh dilawati di Merlimau ialah Makam Tun Teja yang terletak di Kampung Simpang Laut.

Sejarah Tun Teja bertautan ketika era Kesultanan Melayu Melaka. Tun Teja atau Tun Teja Ratna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah.

Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan. Makam itu turut dijaga dengan rapi dan dihiasi dengan pokok bunga di sepanjang laluan masuk utama. Ia kini di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Kem Lanchang
Balai Bomba dan Penyelamat
Perhentian Bas
Pejabat Pos
Masjid Jamek Merlimau
Masjid As-Syuhada, Merlimau Utara
Perpustakaan Awam Merlimau
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Politeknik Merlimau
Kolej Komuniti Jasin
Universiti Teknologi Mara Jasin
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub(SMKDARY)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (SMKDA)
Sekolah Kebangsaan Merlimau 1
Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua
Kisah Kejayaan

Nor Sahfika Binti Rosman
Celik IT

Umur:
18 tahun

No. Tel:
+60 14-239 5887

Keahlian NADI:
5/5/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Nama saya Nor Sahfika Binti Rosman. Saya berumur 18 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Besar Melaka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Saya baru sahaja menamatkan Sijil Penilaian Menengah pada akhir tahun lepas. Sebelum ini saya hanya berpeluang menggunakan komputer disekolah untuk masa yang sangat singkat. Jadi banyak ilmu-ilmu mengenai IT saya tidak tahu. Walaupun saya mempunyai laptop dirumah, tetapi saya tidak la mahir manggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Oleh disebabkan banyak masa yang terluang selepas saya habis belajar, saya telah mengajak rakan-rakan saya yang lain ke PIK untuk menghadiri kelas Asas Komputer. Selepas menghadiri kelas ini,rupa-rupanya banyak lagi yang saya tidak tahu mengenai komputer. Dahulunya saya hanya tahu menaip sahaja,sekarang saya telah tahu banyak fungsi di dalam Microsoft Office. Saya juga telah diajar mengenai barang yang terdapat didalam komputer itu sendiri seperti motherboard, hard disk, kipas nya, memori dan sebagainya. Selain itu saya juga mempelajari cara-cara mencari bahan-bahan rujukan di Google Chrome dengan cara yang betul begitu juga mengenai Email. Saya diajar membuat email di Gmail. Disitu barula saya mengetahui cara menghantar emai yang ada gambar, document dan lain-lain lagi.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Mempelajari Microsoft Office 2010.
- Mengetahui kompenan-kompenan di dalam komputer.
- Belajar membuat email dan cara-cara menghantar email.
- Membuat Facebook.
- Mempelajari cara-cara mencari bahan-bahan di Google

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nor Sahfika Binti Rosman:


Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Keusahawanan
Kem Modal Insan Agrotourism Homestay

Profile Usahawan & Produk yang dikeluarkan oleh usahawan

En.Suparman Bin Abu
64 tahun,
Diploma Perlombongan, Pesara Kerajaan.

Encik Suparman Abu atau Pak Man adalah seorang pengusaha Inap desa(homestay) dan kem latihan . Perusahaan yang diberi nama Kem Modal Insan beliau ini bermula pada tahun 2006 hanya dengan berbekalkan sebuah kem latihan kecil yang menempatkan sebuah dewan terbuka, sebuah dewan makan dan 2 buah asrama dengan kapisiti Cuma 80 orang pada satu-satu masa tanpa bilik untuk urusetia. Setelah beberapa program telah berjaya dijalankan, Beliau menambah baik kemudahan yang ada dengan menambah beberapa bilik untuk urusetia menginap.

Pada tahun 2007, Beliau mencadangkan di dalam mesyuarat JKKK kampung untuk mewujudkan perkampungan “homestay” bagi membantu penduduk kampung menjana pendapatan sampingan. Perkhidmatan homestay mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2007 setelah lebih kurang 12 buah rumah mengambil bahagian. Program Homestay pertama melibatkan seramai lebih kurang 36 orang peserta daripada UiTM Alor Gajah mengambil bahagian.

Kem Modal Insan Agrotourism Homestay adalah sebuah kem latihan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.Kem yang terletak di gerbang selatan negeri Melaka ini mula beroperasi sejak tahun 2006 lagi. Kem ini mengkhususkan sebagai pemberi perkhidmatan penginapan dan kemudahan untuk pelanggan menjalankan kursus motivasi mahupun hari keluarga. Antara kemudahan yang terdapat disini adalah, Dewan seminar tertutup berhawa dingin, Bilik Mesyuarat tertutup berhawa dingin , Dewan besar terbuka, Dan Dewan Makan yang mampu menampung sehingga 160 orang pada satu-satu masa. Disamping itu, kem ini turut mempunyai 18 buah bilik dengan harga sekitar RM 60 – RM80 . Tidak cukup dengan itu, kem ini turut mempunyai 3 buah asrama yang mampu menampung 150 orang pada satu-satu masa.

Kem Modal Insan (KMI) sering menerima kunjungan dari Sekolah-Sekolah, Universiti, Dan juga Agensi swasta. KMI juga turut menyediakan khidmat fasilitator yang berpengalaman dan pernah berkhidmat di dalam Biro Tatanegara. Modul yang diterapkan juga begitu fleksibel dan boleh disesuaikan berdasarkan kehendak pelanggan.

Anda juga tidak perlu risau dengan makan dan minum kerana disini juga menyediakan perkhidmatan catering dengan harga pakej yang bersesuaian . Bagi pelancong yang cintakan kedamaian kampung, Disini terdapat projek tanaman sawah berlatar belakangkan gunung ledang yang terkenal dengan mitos dan ketinggiannya. Kawasan ini juga sering dijadikan tempat shooting drama-drama di kaca televisyen. Terdapat juga zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan termasuk kuda dan juga rusa tidak jauh dari Kem ini. Perkhidmatan River Cruise yang menyusuri sungai kesang, sempadan antara Melaka dan negeri johor juga terdapat disini dengan bayaran yang amat berpatutan.Jika anda mahu mempelajari permainan tradisi melayu, disini juga mempunyai tenaga pengajar untuk mengajar anda bermain congkak, bermain gasing, atau permainan tradisional lain seperti tarik upeh atau baling tin. Disamping itu, terdapat juga demonstrasi membuat kuih buah Melaka, menganyam ketupat, menampi padi, menumbuk padi menggunakan lesung kayu, dan juga mencating batik.

Kami disini tidak menjanjikan bilik 5 bintang, namun kami janjikan layanan 5 bintang kepada semua pengunjung. Anda pasti tidak akan menyesal memilih kami sebagai tempat anda berkursus mahupun melancong.

Blog dan FB usahawan

https://www.facebook.com/kemmodalinsan/?fref=ts

Gambar produk dan Usahawan
Keterangan gambar
1 Pelajar Singapura Mempelajari Teknik Menganyam Kelongsong Cempedak


2 Aktiviti Memancing Ikan Di Kolam Ternakan


3 Mempelajari Permainan Tradisional


4 Bergambar di Replika Rumah Melaka Asli


5 Menikmati Keindahan Di Sekitar Kampung


6 Mempelajari Teknik Menoreh Getah


7 Antara Bilik Untuk Disewa


8 Aktiviti Berkayak di Sekitar Paya


9 Perkahwinan Olok-Olok (mempelajari budaya)
Keterangan gambar berserta nama
Tujuh Dari Kiri :EncikSuparman Bin Abu (Pengerusi Homestay danKem Modal Insan) berserta Pekerja dan Pengunjung Kem Modal Insan Agrotourism Homestay.

Butik The Lurve Fashion

Profile Usahawan & Produk yang dikeluarkan oleh usahawan

Noorfaizyan Bt Abd Musa

Vendor Butik, itulah konsep yang dibawa oleh Butik The Lurve Fashion pada masa ini dan Vendor Butik The Lurve Fashion juga merupakan Vendor Butik yang pertama di negeri Melaka. Pada awal kemunculan Butik The Lurve Fashion pada awal tahun 2010, hanya produk sendiri iaitu Baju, Skirt & Seluar sahaja yang dipasarkan dan bermula pada awal Mac 2014 barulah Butik The Lurve Fashion berwajah baru iaitu menukar konsep kepada Vendor Butik.

Vendor Butik The Lurve Fashion sangat mengalakkan dan kehadiran pelangan yang tidak putus dari sekitar negeri Melaka dan Johor membuatkan Nama Vendor Butik The Lurve Fashion mula dikenali ramai. Melalui media sosial Vendor Butik The Lurve Fashion di Instagram @thelurvefashion, membuatkan Vendor Butik The Lurve Fashion dilimpahi pelangan setiap hari. Vendor Butik The Lurve Fashion beroperasi pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 7 malam.

Dengan kehadiran pelangan yang mengalakkan, Vendor Butik The Lurve Fashion terpaksa membuka sebuah lagi cawangan Vendor Butik di Merlimau. Dengan kehadiran Vendor Butik The Lurve Fashion di Merlimau seperti memberi nafas baru kepada Industri Fashion yang mana Merlimau dahulu hanya dikenali sebagai Kampung atau Pekan Kecil. Membukaan Vendor Butik di Merlimau adalah pada 21hb Jun 2014 dan menjadi Pilihan No 1 pelanggan di sekitar Merlimau, Jasin, Muar dan Bandar Melaka.

Vendor Butik The Lurve Fashion Merlimau dikatakan mempunyai lokasi yang agak strategik berikutan terdapat Politeknik Merlimau dan Uitm Jasin berhampiran. Di sekitar Vendor Butik The Lurve Fashion Merlimau juga terdapat kedai makan dan Agro Bank yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Vendor Butik The Lurve Fashion di Semabok dan Merlimau adalah merupakan Vendor Butik yang pertama di Melaka dan serta menjadi tumpuan Vendor Butik yang lain. Antara barangan yang terdapat di Vendor Butik adalah baju, tudung, kasut, tas tangan, produk kecantikan, makanan ringan, aksoseri dan perhiasan, barangan telefon bimbit dan yang terkini Vendor Butik The Lurve Fashion Merlimau menyediakan Kek dan Pencuci Mulut Sejuk.

Blog dan FB usahawan

https://www.facebook.com/thelurvefashion/
http://thelurvefashion.tumblr.com/

Gambar produk dan Usahawan



myCard2u.com

Profile Usahawan & Produk yang dikeluarkan oleh usahawan

Mohammad Afiq Bin Abu Bakar

Selepas menamatkan pengajian pada 2007 di dalam bidang Perakaunan, beliau telah berkhidmat di salah sebuah syarikat Multi Level selama 3 tahun sebagai motivator dan pemasaran.

Setelah beberapa tahun di dalam bekerja dengan syarikat milik orang lain, beliau telah membuat keputusan untuk mula mempelajari tentang perniagaan sendiri pada tahun 2010 dari kosong dan pada tahun 2011, myCard2u.com dihasilkan bagi memenuhi kehendak pelangan di seluruh Negara.

Dengan izin Allah SWT, sejak awal tahun 2011, myCard2u.com telah menyediakan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kejayaan kami disebabkan oleh penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dan harga yang ditawarkan berpatutan dipasaran. myCard2u.com, menyediakan cetakan offset dan digital dalam warna penuh untuk kad nama, kad pos, kad ucapan, penanda buku, flyer promosi, brosur, poster, beg kertas, folder syarikat, buku panduan, kad plastik 500gsm, kalendar desktop dan sebagainya.

myCard2u.com, menerima tempahan dari sektor swasta, badan kerajaan dan individu di seluruh Melaka dan seluruh Malaysia am nya. Dalam usaha memacu kejayaan, kami sentiasa memastikan kepuasan pelangan dalam segala aspek termasuk reka bentuk, kualiti percetakan dan kualiti penghantaran.

myCard2u.com juga menyediakan cetakan untuk pemborong dan perniaga kecil dan kami mempunyai wakil jualan seramai 60 orang diseluruh Malaysia. Kami yakin dengan perkhidmatan yang disediakan dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak.

Apa yang penting bagi kami ialah menjalankan perniagaan mengikut prinsip dan syariah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Kami berusaha semampu yang boleh dengan keizinannya.

Impian kami di myCard2u.com adalah menjadi sebuah organisasi perniagaan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menjana ekonomi ummah.

Blog dan FB usahawan

http://mycard2u.com

Gambar produk dan Usahawan

Kad Jemputan


Banner