MAKLUMAT PEMANTAUAN KENDIRI COVID-19 DI RUMAH SESI 2

Aktiviti terkini | 6 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Sesi kedua berkaitan pemantauan kendiri Covid-19 di rumah melalui portal rasmi kerajaan berkaitan kes Covid-19 (https://covid-19.moh.gov.my/) telah diadakan sebagai sambungan kepada sesi pertama yang telah dijalankan pada bulan Februari 2022.


Tujuan :
• Memberitahu komuniti kaedah mengatasi impak emosi dan psikologi semasa mereka sedang menjalani kuarantin.
• Berkongsi kepada komuniti peranan penjaga dalam pengurusan kes positif Covid-19 di rumah termasuk tatacara disinfeksi rumah, saranan cucian pakaian, pengurusan sisa pesakit dan sebagainya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Perkongsian skrin kepada portal rasmi kerajaan berkaitan kes Covid-19 ( https://covid-19.moh.gov.my/) untuk memastikan maklumat yang diberikan kepada komuniti adalah fakta yang sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi kepada komuniti amalan atau aktiviti yang boleh mereka lakukan semasa menjalani kuarantin.
• Berkongsi langkah-langkah yang betul untuk mencuci pakaian atau linen pesakit Covid-19 serta tatacara dan penyedian untuk disinfeksi rumah mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :