KHAS AIDILADHA

Aktiviti terkini | 3 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Sesi siaran langsung di Facebook Page PEDi Merlimau telah dijalankan bertajuk Khas Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Haji yang disambut oleh umat islam pada hari kesepuluh bulan Dzulhijjah. Siaran langsung ini merangkumi perkongsian tentang kisah Nabi Ibrahim, tradisi semasa Hari Raya Haji, keistimewaan dan fadhilahnya serta amalan sunnah yang dianjurkan.

Tujuan :
● Berkongsi ilmu pengetahuan asas tentang Hari Raya Aidiladha, bulan Dzulhijjah serta keistimewaannya.
● Memberitahu komuniti khususnya yang beragama islam amalan-amalan sunnah yang boleh dilakukan pada bulan ini. Misalnya, berpuasa pada Hari Arafah.
● Menceritakan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
● Paparan kepada laman sesawang Twinkl dipancarkan serentak sebagai visual aid semasa sesi siaran langsung dijalankan untuk memberi kefahaman maksima kepada komuniti.


Kelebihan Aktiviti :
● Berkongsi ilmu pengetahuan tentang salah satu perayaan yang ada di Malaysia.
● Memberitahu komuniti beberapa tradisi yang dilakukan semasa Hari Raya Aidiladha disambut
. ● Memberi pendedahan tentang keistimewaan Hari Raya Aidiladha ini kepada komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :