PROMOSI PRODUK USAHAWAN: ANGAH STATIONS

Aktiviti terkini | 19 September 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau telah dijalankan bertujuan untuk mempromosikan produk usahawan tempatan, milik Encik Muhammad Zulfakhri Bin Ab Mutalib. Beliau mengusahakan perniagaan berasaskan makanan seperti burger, roti john dan oblong di gerai milik beliau yang bernama “Angah Stations”. Selain daripada melakukan jualan secara fizikal, usahawan ini juga aktif di laman sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk mempromosikan perniagaan beliau serta mengambil pesanan pelanggan secara atas talian. Melalui siaran langsung ini, butir-butir penting seperti senarai menu serta harga, lokasi gerai, nombor telefon dan banyak lagi telah diterangkan kepada penonton secara terperinci.


Tujuan :
• Membantu usahawan untuk meningkatkan hasil jualan beliau.
• Memberitahu komuniti dan penonton rasa sebenar beberapa produk usahawan (“Live Food Review”).
• Membuat hebahan kepada komuniti dan penonton tentang perubahan senarai harga yang dilakukan oleh usahawan disebabkan kenaikkan harga bahan mentah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
• Aktiviti promosi ini melibatkan seorang usahawan sepenuh masa bernama Muhammad Zulfakhri Bin Ab Mutalib yang merupakan anak jati Melaka.
• Segala butiran produk seperti menu, senarai harga, lokasi, komen pelanggan termasuk rasanya telah menjadi fokus utama sepanjang siaran langsung ini diadakan.


Kelebihan Aktiviti :
• Hebahan harga baru untuk semua menu telah berjaya dilakukan melalui siaran langsung ini.
• Mempelbagaikan tempat promosi selain menggunakan laman sosial perniagaan milik usahawan sahaja.
• Segala butiran, keunikkan serta rasa produk dapat dikongsi kepada komuniti dan penonton sekaligus sedikit sebanyak boleh menambah hasil jualan usahawan ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :