PPN FASA 2 NEGERI MELAKA

Aktiviti terkini | 5 September 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau bertajuk “Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Negeri Melaka” telah diadakan oleh petugas PIK untuk memberi penerangan kepada komuniti tentang “Standard Operating Procedure (SOP)” yang terkandung di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 untuk Negeri Melaka. Ini kerana, Negeri Melaka telah beralih fasa dari Fasa 1 ke Fasa 2 pada 4 September 2021 yang lepas sepertimana yang diumumkan oleh pihak kerajaan.


Tujuan :
• Menerangkan kepada komuniti maksud sebenar vaksinasi lengkap untuk jenis-jenis vaksin (Contoh: Vaksinasi lengkap untuk penerima Vaksin Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, Moderna dan Sinopharm memerlukan lebih 14 hari selepas dos kedua untuk dikira sebagai vaksinasi lengkap).
• Memberi penerangan tentang “Standard Operating Procedure (SOP)” untuk tiga puluh (30) jenis aktiviti di bawah sektor-sektor tertentu yang dibenarkan di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Negeri Melaka.
• Memberitahu komuniti senarai aktiviti yang tidak dibenarkan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Negeri Melaka.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
• “Share Screen” kepada Lampiran A dan Lampiran B yang disediakan oleh Unit Kerajaan Tempatan Jabatan Ketua Menteri Melaka yang telah dikemaskini pada 4 September 2021 dari sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Melaka dipancarkan secara serentak semasa sesi penerangan berlangsung.
• Kedua-dua lampiran yang mengandungi senarai aktiviti dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa tempoh PPN Fasa 2 Negeri Melaka ini secara keseluruhannya mempunyai lima belas (15) muka surat dengan penerangan ringkas yang jelas dan padat.


Kelebihan Aktiviti :
• Fakta tepat dapat diberikan khususnya kepada komuniti Merlimau tentang maklumat terkini yang terkandung di dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Negeri Melaka.
• Dapat menjelaskan maksud sebenar “fully vaccinated” (Vaksinasi Lengkap) kepada komuniti.
• Dapat berkongsi maklumat terkini yang betul dan sahih kepada komuniti berkaitan senarai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Negeri Melaka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :