30 MAKANAN TRADISIONAL MELAYU POPULAR DI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 10 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau bertajuk “30 Makanan Tradisional Melayu Popular di Malaysia” melalui laman sesawang “cariblogger.com” telah dijalankan oleh petugas PIK untuk berborak santai bersama komuniti tentang beberapa jenis makanan tradisional melayu yang popular di Malaysia seperti lemang, dodol cair, rendang, kuih bahulu, tapai dan banyak lagi. Setiap makanan mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri dan ia boleh dilihat secara mendalam melalui siaran langsung ini.


Tujuan :
• Mengimbau kembali keistimewaan makanan tradisional melayu yang terdapat di Malaysia bersama komuniti.
• Menambah pengetahuan generasi baru tentang 30 makanan tradisional melayu yang popular di Malaysia.
• Memperkenalkan kepada komuniti laman sesawang “cariblogger.com” dimana mereka boleh mendapatkan banyak informasi berguna berkaitan makanan, pelancongan, resepi dan sebagainya di portal ini.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
• “Share Screen” kepada laman sesawang “cariblogger.com” telah dipancarkan secara serentak semasa sesi siaran langsung berlangsung.
• Petugas PIK menggunakan teknik “Share Screen” ini sebagai “visual aid” semasa membuat penerangan tentang 30 makanan tradisional melayu popular di Malaysia.


Kelebihan Aktiviti :
• Perkongsian santai untuk mengingati keunikkan dan keistimewaan makanan tradisional melayu di Malaysia.
• Dapat menunjukkan rupa sebenar makanan-makanan ini kepada komuniti melalui perkongsian gambar di skrin.
• Menambah ilmu pengetahuan secara santai sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas PIK dan komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :