VAKSIN COVID-19 UNTUK REMAJA 12-17 TAHUN

Aktiviti terkini | 2 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau bertajuk “Penerangan tentang Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kalangan Remaja 12-17 tahun” telah dijalankan oleh petugas PIK untuk memberi pendedahan kepada komuniti khususnya kepada ibu, bapa atau penjaga yang mempunyai anak atau jagaan berumur di antara 12 hingga 17 tahun secara lebih terperinci. Siaran langsung ini diadakan ekoran daripada pengumuman kerajaan melalui SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL 13 TAHUN 2021: PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DI KALANGAN REMAJA TERTENTU BERUMUR 12 HINGGA 17 TAHUN yang bertarikh 12 Ogos 2021


Tujuan :
• Memberitahu komuniti kategori tertentu remaja sebagai kumpulan sasaran penerima Vaksin Covid-19, lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta jenis vaksin yang akan diterima oleh mereka secara terperinci.
• Menerangkan satu persatu maklumat Vaksin Covid-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) untuk remaja 12 hingga 17 tahun melalui “flyer” hebahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 1 September 2021.
• Berkongsi kepada komuniti persediaan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang boleh diambil oleh remaja dan ibu bapa atau penjaga yang terdiri daripada aspek sebelum, semasa serta selepas menerima vaksin.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
• “Share Screen” kepada Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 13 Tahun 2021, “flyer” hebahan dan poster-poster rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkaitan telah dipancarkan secara serentak semasa sesi siaran langsung berlangsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Perkongsian fakta yang sahih dan betul berkaitan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kalangan remaja 12-17 tahun melalui informasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). • Pendedahan meluas dapat diberikan kepada komuniti yang masih tidak tahu atau tidak faham tentang pelaksanaan program ini khususnya untuk ibu bapa dan penjaga. • Perkongsian pengetahuan tentang Vaksin Cominarty (Pfizer-Biontech) terhadap kanak-kanak/remaja seperti kelulusan oleh “U.S Food and Drug Administration (FDA)”, jumlah dos yang perlu diterima, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dan sebagainya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :