PENGGUNAAN “WRAP TEXT FEATURE” DI MICROSOFT EXCEL

Aktiviti terkini | 4 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.

Ringkasan Aktiviti :
Video pembelajaran ICT berdurasi 3 minit dengan tajuk “How to Use Wrap Text Feature in Microsoft Excel” telah disiarkan di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara mudah bagaimana mereka boleh gunakan “Wrap Text Feature” di Microsoft Excel untuk mengelakkan daripada perkataan yang mereka taip masuk ke dalam sel-sel lain “(Texts overflow to another cells instead of displaying in only one cell)”.


Tujuan :
● Menunjukkan “trick” mudah untuk meletakkan perkataan yang panjang di dalam satu sel sahaja tanpa masuk ke dalam sel-sel yang lain di Microsoft Excel.
● Memberi contoh kepada komuniti bagaimana mereka boleh menghasilkan kerja yang kemas dan teratur di Microsoft Excel dengan menggunakan “Wrap Text Feature” ini.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Video pembelajaran ICT ini berdurasi 3 minit dan telah disiarkan di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Merlimau.
● Fokus video ini hanya kepada “Wrap Text Feature” yang terdapat di Microsoft Excel sahaja dengan tujuan untuk menghasilkan kerja yang lebih kemas dan sistematik.


Kelebihan Aktiviti :
● Dapat menambah ilmu pengetahuan komuniti yang tidak tahu tentang “Wrap Text Feature” ini semasa menggunakan Microsoft Excel.
● Membantu komuniti untuk menghasilkan kerja yang kemas, teratur dan sistematik di Microsoft Excel pada masa hadapan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :