CARA-CARA MEMBUAT RESUME DI CANVA

Aktiviti terkini | 17 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau telah dijalankan bertujuan mengajar komuniti cara-cara untuk membuat resume menggunakan Canva. Selain itu, terdapat beberapa tips untuk membuat resume juga turut dikongsikan kepada komuniti.


Tujuan :
● Mengajar komuniti cara untuk membuat resume di Canva.
● Berkongsi kepada komuniti tentang tips-tips cara penulisan resume yang betul berdasarkan laman sesawang maukerja.
● Menunjukkan beberapa contoh resume yang boleh menjadi rujukan kepada komuniti semasa membuat resume.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung berdurasi 1 jam ini dijalankan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau,
● “Share Screen” kepada laman sesawang maukerja tentang tips penulisan resume.
● “Share Screen” semasa menggunakan Canva untuk membuat resume supaya komuniti dapat lebih memahami dan mudah mengikuti apa yang sedang diajarkan.


Kelebihan Aktiviti :
● Dapat membantu komuniti untuk membuat resume dengan mudah.
● Dapat berkongsi kepada komuniti tentang tips penulisan resume yang betul.
● Komuniti dapat menggunakan tips dan cara membuat resume yang betul untuk digunakan semasa memohon pekerjaan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :