PEDI DAN PERANANNYA TERHADAP KOMUNITI

Aktiviti terkini | 11 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Muhibbah Merlimau berkongsi tentang maklumat transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), peranan PEDi kepada komuniti, penambahbaikkan yang akan diadakan serta banyak lagi informasi terkini berkaitan PEDi yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti terutamanya para usahawan kecil dan sederhana. Majlis pelancaran PEDi yang telah diadakan di Bera, Pahang pada 21 November 2021 lepas juga dikongsi semasa siaran langsung ini.


Tujuan :
● Memberitahu komuniti tentang maklumat transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan soalan lazim berkaitannya berdasarkan fakta yang disediakan oleh pihak MCMC.
● Menerangkan peranan PEDi sebagai pusat sehenti yang akan membantu komuniti dalam menaik taraf sosioekonomi mereka.
● Berkongsi kepada komuniti beberapa penambahbaikkan PEDi yang akan diadakan pada tahun 2022.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
● Perkongsian skrin kepada fakta mengenai PEDi dipancarkan serentak semasa sesi penerangan berlangsung bagi memberi kefahaman terperinci kepada komuniti.


Kelebihan Aktiviti :
● Komuniti tidak lagi keliru atas penukaran nama Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
● Dapat menerangkan fokus utama PEDi dalam menaikkan penjanaan pendapatan komuniti melalui pendigitalan perniagaan.
● Komuniti telah diberitahu tentang beberapa penambahbaikkan PEDi yang boleh mereka manfaatkan untuk menaik taraf kehidupan mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :