BENGKEL CANVA DI SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
Aktiviti terkini | 22 September 2022Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Bengkel penghasilan video menggunakan Aplikasi Canva bersama 19 orang pelajar Tingkatan 1 SMK Tun Syed Zahiruddin pada hari Khamis, 22 September 2022 jam 12pm hingga 2pm bertempat di makmal komputer sekolah.
Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara menghasilkan video pendek menggunakan Aplikasi Canva.
• Berkongsi ilmu asas mengenai butang elemen, upload, template dan sebagainya untuk menghasilkan satu video yang lengkap.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Bengkel ini berlangsung selama 2 jam di makmal komputer SMK Tun Syed Zahiruddin.
• Seramai 19 orang pelajar dan 7 orang petugas PEDi dari PEDi Taman Muhibbah Merlimau, Serkam, Sg Rambai, Kemendor dan Batang Melaka telah terlibat sepanjang program berlangsung.
• Program ini adalah kolaborasi bersama Pejabat Pendidikan Jasin, SMK Tun Syed Zahiruddin dan PEDi kluster Jasin.
Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar berjaya menghasilkan satu video pendek dengan menggunakan Aplikasi Canva.
• Para pelajar berjaya menghantar video yang lengkap ke Google Classroom masing-masing sebagai hasil kerja yang telah berjaya disiapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :