KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini | 14 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam

Ringkasan Aktiviti :
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah kolaborasi bersama NZ Bunga Venture, PEDi Serkam, PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Sungai Rambai dan PEDi Taman Seri Kemendor. Ia telah dijalankan secara fizikal di PEDi Serkam berdurasi 3 jam dengan jumlah peserta seramai 16 orang.

Tujuan :
• Membantu peniaga untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan cara pengendalian makanan dengan betul.
• Memberitahu para peserta kepentingan kemahiran pengendalian makanan dengan betul dan bersih di dalam perniagaan mereka agar semua aspek penting dapat dijaga dan terjamin.
• Menguji para peserta melalui ujian yang dijalankan semasa kursus untuk memastikan ilmu yang diberikan difahami sekaligus melayakkan mereka untuk menjalankan perniagaan makanan yang tidak diragui kebersihannya serta apa sahaja aspek penting yang diperlukan. (Sijil diberikan kepada para peserta)

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kursus ini telah berlangsung selama 4 jam di Bilik Latihan PEDi Serkam.
• Seramai 16 orang peserta telah menyertai kursus ini.
• Setiap peserta akan mendapat sijil daripada pihak NZ Bunga Venture jika mereka berjaya menghabiskan kursus ini hingga ke akhirnya termasuk sesi ujian.

Kelebihan Aktiviti :
• Para peniaga dapat menimba ilmu pengetahuan berkaitan cara pengendalian makanan dengan betul dan bersih.
• Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti dan PEDi melalui kursus ini.
• Menaiktaraf kualiti sesuatu perniagaan makanan ke arah lebih selamat dan terjamin kebersihannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :