BENGKEL MICROSOFT WORD DI SMK SERI MAHKOTA
Aktiviti terkini | 9 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
SMK Seri Mahkota, Melaka
Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Microsoft Word ini telah diadakan di SMK Seri Mahkota bersama 13 pelajar Tingkatan 5 di Makmal Komputer. Bengkel ini adalah kolaborasi bersama pihak PPD Jasin, SMK Seri Mahkota, PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Terentang, PEDi Sungai Rambai dan PEDi Kesang. Antara topik yang diajar semasa bengkel berjalan adalah cara membina carta organisasi serta jadual.
Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi kepada para pelajar.
• Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara membina carta organisasi dan jadual dengan betul di Microsoft Word.
• Membimbing para pelajar dalam menyiapkan tugasan berkaitan carta organisasi dan jadual yang diberi oleh guru semasa bengkel berlangsung.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Bengkel ini berlangsung selama 2 jam di Makmal Komputer SMK Seri Mahkota.
• Seramai 15 orang pelajar Tingkatan 5 dan 5 orang tenaga pengajar dari PEDi Kluster Jasin telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
• Beberapa pelajar yang berjaya menghasilkan carta organisasi dan jadual dengan kemas dan kreatif telah diberi sagu hati semasa sesi penutupan bengkel.
Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat diperkenalkan kepada pihak sekolah dan para pelajar.
• Dapat membimbing para pelajar cara membina carta organisasi dan jadual dengan betul di Microsoft Word.
• Dapat memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dalam menyiapkan tugasan berkaitan carta organisasi dan jadual yang diberi oleh guru semasa bengkel berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :