PROMOSI PRODUK USAHAWAN (BEAUTME.CO)
Aktiviti terkini | 25 November 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Serkam
Ringkasan Aktiviti :
PEDi telah mengadakan satu slot siaran langsung untuk mempromosikan produk usahawan PEDi Taman Muhibbah Merlimau. Usahawan yang terlibat adalah Cik Laila Nabila yang merupakan usahawan produk kecantikan dan makanan. Antara produk yang dijual oleh beliau adalah Zarzou Beauty, Bougas Beauty, Innai Nunha, produk Nail Care, kek batik dan banyak lagi. Namun begitu, siaran langsung pada bulan ini, pihak PEDi hanya fokus kepada mempromosikan produk
Innai Nunha dan akan meneruskan slot ini untuk beliau pada bulan hadapan bagi mempromosikan perniagaan beliau
secara keseluruhan dan lain-lain produk melalui Shopee, Instagram, Laman Web milik beliau sendiri dan Tiktok Shop.
Tujuan :
• Membantu usahawan memperkenalkan produk beliau kepada komuniti.
• Mempromosikan platform e-dagang usahawan.
• Memberitahu komuniti secara terperinci tentang produk Innai Nunha, tips penggunaan dan tutorial pemakaian.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Slot ini telah berlangsung selama 1 jam di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Tutorial pemakaian Innai Nunha telah dijalankan secara Live semasa slot ini berlangsung.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan hasil jualan usahawan.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara PEDi, usahawan dan komuniti.
• Dapat mempromosikan peranan PEDi dalam membantu usahawan terutamanya usahawan yang berniaga di platform e-dagang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :