KEUSAHAWANAN: MALAYSIANS' ALL-TIME FAVOURITE MARKETPLACE IN MALAYSIA

Aktiviti terkini | 11 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung bertajuk “Malaysians' All-Time Favourite Marketplace In Malaysia” telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada komunti khususnya para usahawan kecil dan sederhana bahawa selain Shopee dan Lazada, terdapat banyak lagi platfom E-dagang yang mereka boleh manfaatkan secara percuma untuk memajukan perniagaan mereka sekaligus menambah hasil jualan dan keuntungan.

Tujuan :
• Memberi idea kepada komuniti untuk manfaatkan banyak lagi platfom E-dagang percuma yang ada di Malaysia seperti Carousell, Facebook Marketplace, Instagram Business dan banyak lagi.
• Membuat perbandingan antara platfom E-dagang mana yang mempunyai peratus tinggi atau rendah di dalam aspek bounce rate, average visit duration, platform highlights dan banyak lagi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Portal onesearchpro.my dan directlending.com.my telah dikongsikan secara serentak sepanjang sesi perkongsian sebagai rujukan petugas PEDi untuk memberi kefahaman maksimum kepada para penonton.


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan para usahawan untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam perniagaan atas talian mereka.
• Memberi idea kepada para usahawan dalam menambah hasil jualan mereka secara maksimum.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :