KESIHATAN MENTAL: PANDUAN MENANGANI STRES
Aktiviti terkini | 3 Jun 2022Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung bertajuk “Panduan Menangani Stres” adalah berdasarkan maklumat dan risalah sahih daripada portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sesi ini merangkumi pendedahan berkaitan peringkat pengawalan stres, pencetus stres (stressor), tanda-tanda stres dan banyak lagi bertujuan untuk memberitahu komuniti selain kesihatan fizikal, kesihatan mental kita juga perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi ketika zaman peralihan daripada pandemik ke endemik ini disebabkan gelombang virus Covid-19.
Tujuan :
• Menggalakkan komuniti untuk cakna tentang kesihatan mental mereka seiring dengan kesihatan fizikal dan lain-lain.
• Berkongsi peringkat pengawalan stres secara terperinci.
• Memberitahu beberapa pencetus stres (stressor) dari segi dalaman dan luaran.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Risalah di dalam bentuk dokumen PDF dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dipancarkan sepanjang sesi perkongsian sebagai alat bantu penerangan untuk memberi kefahaman maksimum kepada para penonton.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberitahu komuniti tiga aspek tanda-tanda stres seperti aspek fizikal, psikologi dan tingkah laku.
• Dapat berkongsi kaedah tangani stres seperti kaedah 10B dan kaedah penyelesaian jangka panjang konsep IDEAL.
• Menerangkan kepada komuniti antara kemahiran yang diperlukan untuk menangani stres misalnya kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran berfikiran positif serta kemahiran teknik relaksasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :