KELAS ICT: SUNTING GAMBAR PRODUK DI CANVA

Aktiviti terkini | 15 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Muhibbah Merlimau menjalankan kelas ICT secara langsung bertajuk “Cara sunting gambar produk di Aplikasi Canva”. Kelas ini khas untuk mengajar para usahawan dalam kalangan komuniti bagaimana mereka boleh mengaplikasikan platform mudah dan percuma seperti Canva semasa membuat suntingan gambar produk jualan mereka untuk paparan kedai atas talian misalnya Shopee Shop, Facebook MarketPlace, Instagram dan Whatsapp Business.


Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara remove background gambar produk mereka secara atas talian (remove.bg) sebelum ia disunting di Canva.
• Memberi demonstrasi daripada awal hingga akhir cara menyunting gambar produk termasuk cara upload, pemilihan warna background, font yang menarik dan banyak lagi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Perkongsian skrin kepada Aplikasi Canva (Web Version) telah dipaparkan secara serentak semasa kelas berlangsung untuk memberi lebih kefahaman kepada komuniti.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi tips and tricks kepada komuniti tentang remove background di remove.bg.
• Memberi tips berguna tentang pemilihan warna dan font untuk menarik perhatian pelanggan serta lain-lain informasi penting penggunaan Features Canva seperti Templates, Elements, Texts dan sebagainya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :