CARA-CARA MENGGUNAKAN APLIKASI TRUECALLER
Aktiviti terkini | 14 Januari 2022Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau
Ringkasan Aktiviti :
Video pembelajaran ICT berdurasi 3 minit dengan tajuk Cara-cara menggunakan Aplikasi Truecaller adalah untuk mengajar kepada komuniti tentang penggunaan aplikasi ini untuk menyekat panggilan telefon dari “Scammer” di atas talian.
Tujuan :
• Memberi pengenalan tentang apa itu Aplikasi Truecaller.
• Mengajar komuniti cara-cara penggunaan Aplikasi Truecaller di dalam peranti.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Video pembelajaran ICT ini berdurasi 3 minit dan telah disiarkan di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital - PEDi Merlimau.
• Fokus video ini hanya kepada cara penggunaan Aplikasi Truecaller supaya komuniti dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh ‘Scammer” di atas talian.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu komuniti sentiasa berhati-hati semasa mendapat panggilan atau pesanan ringkas dari orang yang tidak dikenali.
• Dapat membendung kes penipuan di atas talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :