LANGKAH PERSEDIAAN MEMOHON PEKERJAAN

Aktiviti terkini | 8 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Muhibbah Merlimau berkongsi tentang beberapa langkah penting untuk memohon pekerjaan melalui portal rasmi maukerja.my dan bebenang (thread) yang terdapat di laman sosial Twitter berkaitan cara membina Cover Letter, menulis Emel, susunan sijil yang betul serta banyak lagi perkongsian bermanfaat untuk komuniti terutamanya untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan. Siaran langsung ini adalah sambungan kepada topik bulan lepas (Disember 2021) dimana petugas PEDi telah membuat satu sesi penerangan ICT iaitu cara membuat resume dengan mudah menggunakan Aplikasi Canva.


Tujuan :
• Berkongsi kepada komuniti tentang satu portal yang bagus untuk mereka rujuk berkaitan penulisan Cover Letter - maukerja.my.
• Menunjukkan contoh Cover Letter yang pendek tetapi padat dan mudah difahami kepada komuniti termasuk cara menulis Emel dengan betul ketika ingin memohon pekerjaan.
• Memberitahu komuniti kepentingan menyusun sijil mereka dengan turutan yang sistematik termasuk pilihan warna sijil sambil menunjukkan contoh secara praktikal


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau. • Perkongsian skrin kepada portal rasmi maukerja.my dan bebenang (thread) Twitter berkaitan persediaan memohon pekerjaan dipancarkan semasa sesi penerangan berlangsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada komuniti terutamanya pencari kerja cara bagaimana mereka boleh hasilkan Cover Letter yang menarik dan padat untuk menarik perhatian bakal majikan mereka.
• Dapat berkongsi cara menulis Emel dengan betul terutamanya di bahagian Subjek dimana ramai antara kita yang sering lakukan kesilapan ini semasa ingin memohon pekerjaan.
• Melalui siaran langsung ini, pencari kerja juga sedikit sebanyak tahu cara menyusun sijil dengan betul sebelum pergi ke sesi temuduga. Misalnya, turutan susunan sijil yang betul adalah bermula dari pencapaian yang paling terkini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :