CARA MENDAFTAR SHOPEE SEBAGAI PENJUAL DAN KELEBIHANNYA

Aktiviti terkini | 5 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Muhibbah Merlimau menerangkan kepada komuniti cara mendaftar Shopee sebagai penjual secara terperinci dan berkongsi beberapa kelebihan yang usahawan akan dapat apabila mereka mula berniaga secara atas talian di Shopee.


Tujuan :
• Memberitahu komuniti yang pendaftaran Shopee sebagai penjual adalah sangat mudah dan percuma.
• Berkongsi beberapa kelebihan yang Shopee tawarkan kepada para usahawan digital.
• Menunjukkan cara mendaftar yang betul sambil berkongsi tips-tips berguna seperti cara memilih kurier, pemilihan nama kedai dan sebagainya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Perkongsian skrin kepada beberapa laman sesawang telah dipancarkan seperti Portal Hello Kerja, Bisnes Santai dan video dari Youtube : Sarah Dalili sebagai bahan bantu semasa sesi penerangan berlangsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti bahawa Shopee adalah platform E-Dagang percuma yang mereka boleh manfaatkan sebagai usahawan digital.
• Dapat berkongsi tips penting seperti pemilihan nama kedai yang betul dan umum kerana ianya tidak boleh diubah.
• Dapat berkongsi tips-tips lain seperti cara penggunaan fitur “Bump” untuk menaikkan produk kita di dalam proses carian dan banyak lagi perkongsian lain yang berguna


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :