PROGRAM SEMANGAT KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 13 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi, Serkam

Ringkasan Aktiviti :
Program Semangat Kemerdekaan ini telah diadakan pada 13 Ogos 2022, Sabtu bertempat di PEDi Serkam dengan kerjasama PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Serkam dan PEDi Sungai Rambai. Program ini terdiri daripada pelbagai aktiviti seperti kuiz kemerdekaan dan pertandingan mewarna. Setiap aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk Taman Rimbunan Kaseh Serkam termasuk para ibu bapa. Seramai 26 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.


Tujuan :
• Menyemarakkan semangat kemerdekaan bersama komuniti.
• Memberi pengisian tentang sejarah kemerdekaan negara kita kepada generasi baru sepanjang program berlangsung.
• Mengeratkan silaturahim antara PEDi dan komuniti.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program ini berlangsung selama 4 jam di PEDi Serkam.
• Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun hadir untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.
• Program ini juga mendapat sambutan baik daripada beberapa orang ibu, bapa/penjaga yang turut serta bersama anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.


Kelebihan Aktiviti :
• Hubungan antara PEDi dan komuniti dapat dieratkan melalui program ini.
• Dapat memberi pendedahan kepada generasi baru sejarah kemerdekaan negara kita.
• Menambah ilmu pengetahuan tentang kemerdekaan Malaysia melalui kuiz yang diadakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :