REOPENINGSAFELY - TRANSITIONING TO ENDEMICITY

Aktiviti terkini | 14 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung bertajuk “#ReopeningSafely - Transitioning to Endemicity” telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang langkah-langkah penting yang perlu diambil semasa memasuki fasa peralihan ke Endemik. Program ini diadakan berdasarkan fakta yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia - Covid 19 (https://covid-19.moh.gov.my/).

Tujuan :
● Memberitahu komuniti terdapat 8 langkah penting di bawah fasa peralihan ke Endemik yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
● Berkongsi maksud Pandemik, Endemik dan Epidemik serta beberapa pertukaran SOP di bawah fasa ini seperti pemakaian pelitup muka di tempat terbuka.
● Memperkenalkan kepada komuniti apa itu kaedah TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek) yang kita semua perlu amalkan sebagai kebiasaan baru.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
● Laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia - Covid 19 (https://covid-19.moh.gov.my/) telah dipancarkan secara serentak semasa sesi penerangan dijalankan.


Kelebihan Aktiviti :
● Sebagai galakkan kepada komuniti untuk terus amalkan langkah pencegahan walaupun kita sudah berada di fasa peralihan ke Endemik.
● Menambah ilmu pengetahuan untuk lebih mengenali dan fahami tentang virus Covid 19, TRIIS, vaksin dan dos penggalak serta penilaian risiko kendiri.
● Menerangkan kepada komuniti maksud Pandemik, Epidemik dan Endemik secara lebih mendalam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :