KHAS AIDILFITRI: KUIH RAYA

Aktiviti terkini | 7 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Sembang santai melalui siaran langsung ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai jenis kuih raya yang sering kita jumpa semasa sambutan Aidilfitri serta beberapa jenis kuih yang kini semakin sukar untuk ditemui di pasaran atau di rumah-rumah yang dikunjungi semasa hari raya.

Tujuan :
● Bercerita kepada generasi muda bahawa Malaysia mempunyai tradisi yang sangat berharga iaitu tradisi penyediaan kuih raya semasa Hari Raya Aidilfitri.
● Memperkenalkan kepada komuniti jenis-jenis kuih raya tradisional, moden dan savoury.
● Memberitahu komuniti bahawa terdapat beberapa jenis kuih raya yang semakin pupus di musim raya seperti kuih putu kacang dan kuih Mama Carey.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
● Laman web Expedia (https://travelblog.expedia.com.my/) dan Butterkicap (https://www.butterkicap.com/) telah dipancarkan secara serentak semasa sesi penerangan dijalankan.


Kelebihan Aktiviti :
● Menambah ilmu pengetahuan berkaitan kuih raya tradisional seperti kuih tart nenas, kuih moden misalnya biskut cip coklat dan kuih savoury seperti kuih popia gulung.
● Mengetahui sebab-sebab kenapa ada beberapa kuih raya yang kian pupus semasa musim perayaan seperti cara penyediaannya yang rumit dan memerlukan masa yang banyak.
● Melalui siaran langsung ini, gambar-gambar kuih raya yang hampir pupus dapat dikongsikan untuk sesiapa yang tidak pernah tengok rupa asal kuih tersebut. Sebagai contoh, kuih biskut sampan dan biskut dam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :